Sunday 9 December 2012

KASINO HARAM DI TANJUNG ARU TUMPAS






RAMPAS.....Antara barangan berunsur perjudian yang dirampas daripada premis judi terbabit..

By : RUZAINI ZULKIFLI

KOTA KINABALU: Polis berjaya menumpaskan operasi kasino haram yang bergiat aktif di Pekan Tanjung Aru dalam satu serbuan petang Jumaat lepas. Sebanyak 19 set komputer berunsur perjudian, lima mesin slot, wang tunai RM650 serta 24 kerusi plastik turut dirampas dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 3.15 petang itu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Jauteh Dikun ketika dihubungi berkata kejayaan serbuan terbabit adalah berdasarkan maklumat orang awam yang mengatakan terdapat kegiatan judi siber di kawasan pekan berkenaan.

“Hasil maklumat awam, sepasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Asniee Amin bersama lapan lagi anggota telah melakukan serbuan itu."

Menurut beliau, polis turut menangkap dua lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis bersama lapan individu termasuk seorang wanita kerana berada di lokasi terbabit.

“Kesemua ditangkap dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya.

Jauteh turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai khususnya penduduk Tanjung Aru kerana memberi kerjasama dalam menangani serta membanteras gejala judi siber haram di kawasan berkenaan. (UB)

No comments:

Post a Comment