Monday 3 December 2012

KERAJAAN DIGESA PANTAU JALANRAYA CINCAI





DAIF.... Pelaksanaan kerja-kerja menampal disepanjang jalan ke SK Kalang-Kanar tidak berkualiti. Gambar sisipan, Rudy.

Oleh : JACKSON LU
           
TENOM: Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah digesa agar menghantar pegawai mahupun juruteniknya untuk memantau sendiri keadaan fizikal semua jalanraya di kawasan luar bandar yang dikendalikan syarikat konsesi yang dilantik jabatan itu berhubung tahap kualiti yang dilakukan mereka (kontraktor).

Demikian dinyatakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Parti Maju Sabah (SAPP) Rudy Sulaiman Mairi setelah meawat keadaan jalan-jalan kampung di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak diselenggara dengan sempurna dan berkualiti.

Beliau berkata, beberapa penduduk di kawasan terbabit melaporkan perkara tersebut kepada beliau supaya keadaan itu didedahkannya menerusi media kerana mereka telah bosan melihat kualiti penyelenggaraan yang tidak memuaskan yang dibuat secara 'cincai'.

“Apa yang menghairankan kenapa kualiti kerja sebegitu rupa boleh diterima dan diperakui untuk membenarkan pihak terbabit membuat tuntutan pembayaran ke atas kerja-kerja yang dilakukannya, sedangkan kerja kerja itu tidak memuaskan.

“Apa yang saya tahu bahawa hanya kerja-kerja yang memuaskan dan mengikut spek kerja yang disebut di dalam Perintah Am Kerja (GWO) sahaja yang boleh disahkan untuk tuntutan pembayaran,” kata beliau ketika memberitahun media pada Isnin.

"Jalanraya-jalanraya yang perlu dipantau dan diambil tindakan seperti jalanraya masuk ke perkampungan Kg Makapauh, Jalan masuk ke SK Kalang-Kanar sejauh 1.5 kilometer, Kg Mansalima-Ulloi (by pass), Kg Natanduan, dan Jalan by pass antara Simpang ke Kalang sejauh 3 kilometer," kata Rudy.

Rudy yang juga merupakan Ketua Pemuda SAPP CLC Melalap seterusnya berkata, beliau meminta pihak tertentu agar mengambil perhatian serius terhadap masalah tersebut kerana selain menimbulkan ketidak selesaan kepada pengguna jalanraya khususnya pemilik kenderaan; tetapi juga akan mencetuskan banyak kemudaratan terhadap kenderaan mereka (pengguna).

Dalam pada itu, Rudy turut mempersoalkan sasaran perbelanjaan bagi belanjawan tahun 2010 dan 2011 untuk membaikpulih dan menaiktaraf infrastruktur di kawasan luar bandar sepertimana yang ditekankan di dalam NKRA yang berjumlah berbillion ringgit; tetapi keadaan jalanraya di Sabah masih daif, seolah-olah dibina 20 tahun dahulu.

“Kita turut berbangga apabila kerajaan melaung laungkan slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan satu lagi janji ditepati.. Tetapi nampaknya ia sekadar ramuan makanan untuk menarik selera makan bagi tetamunya,” tegas Rudy.

No comments:

Post a Comment