Tuesday 25 December 2012

KERAJAAN TIDAK BIARKAN RAKYAT MENDERITA






CENDERMATA.....Azizah menerima cenderamata daripada peserta Felcra Kg Melikau Kuala Penyu yang disampaikan Jamaludin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH


KUALA PENYU:Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata kerajaan Barisan Nasional sentiasa membuat yang terbaik dan tidak akan membiarkan rakyat terus menderita.

“Kerajaan BN sentiasa memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk membela rakyat.Sehingga ke hari ini kerajaan kita mempunyai pemimpin yang bijaksana dan mempunyai wawasan untuk kepentingan rakyat dan kerajaan tidak pernah terfikir untuk membiarkan rakayat terus ketinggalan dan menderita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Peserta Felcra KG Melikai Kuala Penyu di Dewan Kg Melikai di sini.

Hadir sama, wakil Pengurus Besar Felcra Sabah, Jamaludin Razali, Pengurus Kawasan Felcra Kuala Penyu, Ahmad Tarmimi Osman dan ketua peserta, Jamaludin Mahmud serta pemimpin masyarakat.

Azizah yang juga Adun Klias berkata usaha kerajaan melalui Felcra banyak memberi manfaat kepada rakyat.

“Para peserta Felcra adalah kalangan orag-orang yang bertuah. Justeru itu berikanlah sokongan berterusan kepada kerajaan BN kerana telah banyak membawa banyak pelbagai pembangunan, bantuan dan kemudahan untuk kita,” katanya.

Beliau seterusnya menyarankan agar pihak pengurusan peserta memikirkan untuk membantu kaum wanita dalam program perniagaan.

“Saya difahamkan bahawa Tabung Peserta di sini mempunyai RM60,000.00. Sehubungan itu selain bantuan-bantuan kebajikan yang telah disalurkan melalui tabung ini saya juga berharap agar ianya juga dapat dimanfaatkan untuk membantu kaum wanita bagi memulakan perniagaan.” katanya.

Pada majlis itu Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia itu turut menyempurnakan penyampaian bantuan daripada Felcra kepada peserta dan tiga surau di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment