Saturday 22 December 2012

KES PERTELAGAHAN KDM MALAYSIA 5 MAC 2013






KOTA KINABALU : Mahkamah Tinggi menangguhkan pada 5 Mac tahun depan untuk pendengaran permohonan pengisytiharan bahawa Datuk John Ambrose adalah Presiden yang sah dan menurut undang-undang KDM Malaysia.

Hakim Datuk Wong Dak Wah menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Peguam Negara yang mewakili Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang memerlukan lebih masa untuk memfailkan affidavit.

Ambrose yang turut memfailkan semakan kehakiman pada 3 September 2012 memohon pengisytiharan bahawa Datuk Peter Anthony bukan Presiden KDM Malaysia.

Beliau menamakan ROS dan Peter Anthony sebagai responden pertama dan kedua.





Dalam pada itu, John juga memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan responden pertama seperti yang dinyatakan dalam satu surat yang bertarikh 7 Ogos 2012.

Surat berkenaan menyatakan mesyuarat tahunan luar biasa (EGM) dan mesyuarat agung tahunan (AGM) 2012 yang diadakan teratur dan mematuhi peruntukan dalam Akta Pertubuhan, pengisytiharan bahawa AGM 2012 atau mesyuarat itu adalah menyalahi undang-undang.

Selanjutnya beliau juga memohon injunksi menghalang Peter daripada menjalankan apa-apa tugas atau tindakan sebagai Presiden KDM, gantirugi dan kedua-dua responden, kos dan apa-apa relief yang difikir perlu oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, John berkata responden pertama adalah bertanggung jawab bagi pendaftaran dan pentadbiran pertubuhan yang didaftarkan mengikut Seksyen 8 Akta Pertubuhan; manakala responden kedua adalah Naib Presiden dan Bendahari KDM. (UB)

No comments:

Post a Comment