Wednesday 12 December 2012

KG GUAKON BUKAN LAGI KUBU KUAT PBS






Saudara Pengarang,

SEMASA PRU 2008, kami tidak dapat masuk Kg Guakon. Awal tahun ini ada perkhidmatan untuk Khidmat Doktor Percuma dan Kami tunaikan. Selepas itu mereka datang kerumah saya meminta borang keahlian dan memohon agar saya merasmikan ranting mereka. Lebih 36 borang telah diserahkan pada 9 Disember 2012. Jangan hina mereka sebagai golongan yang hanya datang untuk makan dan minum. Mustahil PBS biarkan penyokong mereka 'pook makan' dengan pembangkang. Tahniah warga Kg Guakon Baru yang berani berubah demi kelangsungan hidup anak cucu dan generasi mereka akan datang yang lebih terjamin, lebih selamat dan makmur menikmati kekayaan di buminya sendiri. Salam Hormat, ANSARI ABDULLAH

No comments:

Post a Comment