Friday, December 7, 2012

KOTA KINABALU SYURGA DVD CETAK ROMPAK?






Saudara Pengarang,

KAMI mendesak KPDNKK mengambil tindakan tegas dengan taukeh penjualan cetak rompak DVD yang berleluasa di semua kompleks membeli belah di Sabah terutama di Kota Kinabalu dan Keningau.

Semua kegiatan ini berlaku di hadapan mata dan seolah-olah pihak penguatkuasa tempatan telah menerima habuan bulanan daripada sindiket penjualan DVD cetak rompak.

Contoh paling ketara, cuba ke Komplex Wisma Merdeka di Tingkat bawa sebuah kedai bernama Best Buy 4 Enterprise dan Centre Point bernama Maxin dan Movie Station yang secara terang-terangan menjual DVD cetak rompak tanpa rasa takut kepada pihak penguatkuasa KPDNKK.

Mustahil pihak berkuasa seperti KPDNKK dan PDRM tidak tahu? Jika pihak berkuasa tidak menerima habuan bulanan, maka mereka harus mengambil tindakan segera sebelum saya membongkarkan siapa yang bersubahat dengan sindiket.

Salam hormat,

AH B GOR

No comments:

Post a Comment