Sunday 9 December 2012

KPDM SIAP SEDIA HADAPI PRU-13






MESYUARAT...Dato Sri Nasir (tengah) dan Datuk Ramlee Marahaban (kiri tengah) dan Abdul Rashid Mamun (kanan tengah) bersama sebahagian Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi Parlimen Semporna sempena mesyuarat KPDM itu di pejabat UMNO Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran,menyeru semua Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi UMNO Bahagian Semporna sentiasa bersiap sedia dan mengemaskini senarai pengundi serta mengesan semua pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, persediaan awal itu penting untuk menyelaras semua markas dan daerah mengundi dengan bilik gerakan bahagian serta bilik gerakan utama kawasan DUN dan cawangan-cawangan.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, berkata perkara itu penting bagi menyalurkan maklumat diperlukan sekali gus mempastikan tidak wujud kekeliruan menjelang pilihanraya kelak.

Kawasan Parlimen Semporna mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Kawasan DUN Senallang; Sulabayan dan Bugaya dengan jumlah pengundi seramai 41,071 orang pemilih.

Hadirsama sempena mesyuarat itu Naib Ketua Bahagian UMNO Semporna, Datuk Haji Ramlee Marahaban; Setiausaha Bahagian, Haji Abdul Rashid Mamun; Ketua Pergerakan Wanita, Puan Hajjah Manis Muka Hj.Dara; Ketua Pergerakan Puteri, Cik Zakiah Haji Kalipunya dan semua KPDM UMNO Bahagian Semporna.

No comments:

Post a Comment