Sunday 23 December 2012

LAWATAN NAJIB KE INDIA TARIK PERHATIAN AS






Oleh : MANIK MEHTA

NEW YORK : Para pakar Amerika Syarikat ke atas Asia bersetuju dengan saranan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu sahaja mengakhiri lawatannya ke India, agar syarikat-syarikat Malaysia merebut peluang ke atas negara itu sebaik sahaja sektor perkhidmatan dan pelabur antara Asean dan India dilonggarkan.

Najib berada di New Delhi kerana menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan India-Asean selama dua hari yang menandakan hubungan baik dua dekad India-Asean. Ia turut dihadiri oleh para pemimpin Asean yang lain.

Sidang Kemuncak itu juga mendapat laporan meluas di beberapa akhbar Amerika Syarikat, termasuk Wall Street Journal yang mempunyai edisi India.

Minat atau kepentingan AS di India pada masa ini amat tinggi: Washington telah menggalakkan integrasi ekonomi bukan hanya dalam lingkungan Asia Selatan tetapi juga dengan kumpulan Asean yang telah mencapai tahap tinggi integrasi di Asia Tenggara.

Kerjasama ekonomi Asia Selatan, menerusi persatuan serantau yang dikenali menerusi akronim SAARC, telah kekal dengan apa yang disifatkan sebagai "still-born child" sejak diperkenalkan pada 1985.

Tetapi India, sebagai ahli terbesar India, telah berkembang menjadi antara negara paling dinamik duni, walaupun mencabar pasaran, dengan populasi 1.2 bilion orang, yang mana hampir 400 juta pengguna kelas pertengahan yang berkemampuan dari segi wang tunai boleh menampung masyarakat pengguna moden yang mewah.

Najib, seperti mana yang dikatakan oleh seorang pemerhati AS yang enggan dikenali kepada Bernama, membuat "kenyataan yang tampak benar" di New Delhi.

Pentadbiran AS terutamanya telah mendapat rangsangan daripada kata muktamad Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-India (FTA) dalam sektor perkhidmatan dan pelaburan, sekali gus meliberalisasikan sub-sektor seperti penjagaan kesihatan, pelancongan, pengangkutan, pelancongan dan perkhidmatan berkaitan pengembaraan, farmaseutikal dan bioteknologi.

FTA akan dimeterai pada bulan Ogos tahun depan.

Integrasi India dengan perkumpulan Asean juga penting untuk kepentingan AS di rantau Asia Pasifik di mana Washington akan menonjolkan lagi kehadirannya, jelas sekali, sebagai maklum balas kepada cita-cita China mengembangkan ekonomi dan militarinya.

Sumber India-Asean memanfaatkan 1.8 bilion penduduk dan gabungan keluaran dalam negara kasar US$3.8 trilion dan angka-angka hebat ini adalah seiring dengan potensi meluas untuk kerjasama perniagaan dan strategik. (Bernama)

33 comments:

  1. Datuk Seri Najib Tun Razak percaya hubungan dua hala antara Malaysia dan India akan memasuki lembaran baru hasil sambutan positif oleh kerajaan India khususnya Perdana Menteri, Dr Mahmohan Singh sepanjang lawatan rasminya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungan kedua negara amat penting agar kerjasama untuk pembangunan yang berterusan.

      Delete
  2. Berdasarkan sikap positif ini dan mengambil kira hasrat Malaysia untuk menjadikan India rakan strategik akan membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala. Hubungan kedua-dua buah negara ini dijangka mencapai tahap yang lebih tinggi jika beberapa ketetapan yang dibuat hasil perbincangan delegasi Malaysia-India dapat dilaksanakan. Kerjasama dua hala ini meliputi pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan.

    ReplyDelete
  3. Di antara perkara yang dipersetujui ialah Malaysia dan India mencapai kata sepakat memuktamadkan perbincangan mengenai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) yang sebelum ini telah berlangsung sebanyak dua kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjanjian ini memberi dorongan kuat kepada perkembangan perdagangan dan pelaburan antara kedua belah pihak kerana CECA merupakan peningkatan kepada perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-India.

      Delete
  4. Isu keselamatan urut dibangkitkan dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya. India memberi perhatian terhadap keganasan selepas peristiwa Mumbai dan berharap Malaysia dapat berkongsi maklumat mengenai isu ini. India juga mengharapkan jaminan keselamatan di perairan Selat Melaka.

    ReplyDelete
  5. Mengenai perdagangan dua hala, kedua-dua pemimpin berpendapat jumlah dagangan Malaysia-India yang kini melebihi AS$10 bilion (RM33.6 bilion) serta mencecah peningkatan 23 peratus setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini

    ReplyDelete
  6. India memberi jaminan akan terus membeli minyak kelapa sawit Malaysia di samping mengenal pasti peluang kerjasama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaminan ini adalah baik untuk kestabilan ekonomi khas pasaran kelapa sawit.

      Delete
  7. Menyentuh peluang dalam sektor pembinaan, dalam tempoh lima tahun akan datang, India berhasrat melabur AS$500 (RM1.68 trilion) dalam pembangunan prasarana dan ini membuka ruang yang lebih baik kepada syarikat –syarikat pembinaan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarikat tempatan harus meningkatkan daya bersaingan untuk mendapatkan kontrak yang besar-besaran ini.

      Delete
  8. Rundingan masih dijalankan untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan kerajaan bagi mengenal pasti ruang yang boleh disertai syarikat Malaysia dalam pembinaan infrastruktur termasuk lebuh raya.

    ReplyDelete
  9. Pada masa yang sama juga India memohon supaya bidang lain dapat dibangunkan bersama secara dua hala dan Malaysia bersetuju bahawa bidang-bidang seperti bioteknologi, biosains, teknologi maklumat dan komunikasi )ICT) dan pendidikan boleh dimajukan oleh syarikat-syarikat India.

    ReplyDelete
  10. Sementara itu, Malaysia pula sedang mempertimbangkan permohonan India supaya kerajaan dapat meluluskan sebuah lesen bank kepada konsortium tiga bank di India.

    Perbincangan juga menyentuh tentang usaha sektor swasta menubuhkan Forum CEO yang akan menjadi landasan kedua dalam hubungan Malaysia dan India.

    ReplyDelete
  11. Tiga MoU ditandatangani iaitu perjanjian ekstradisi antara kerajaan Malaysia dan India yang merupakan perkara melibatkan pelaku jenayah boleh diekstradisi dan MoU melibatkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

    ReplyDelete
  12. Turut ditandatangani ialah MoU antara Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Lembaga Sekuriti dan Bursa India (SEBI) bagi mengukuhkan lagi hubungan mengenal pasti peluang merentas sempadan pada masa akan datang melalui pasaran modal.

    ReplyDelete
  13. lawatan ini mengeratkan hubungan kedua buah negara.

    ReplyDelete
  14. Hubungan baik ini dadpat menarik pelaburan dari India ke nagara.

    ReplyDelete
  15. Lawatan ini akan meningkatkan lagi hubungan dua hala.

    ReplyDelete
  16. Najib keluar negara untuk meningkatkan hubungan dua hala terutamanya dari segi ekonomi.. Anwar pula ke luar negara untuk membohong dan berdemo..

    ReplyDelete
  17. Dikala pembangkang sibuk mempertikaikan perbelanjaan lawatan ke luar negeri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, DS Zahrain mengalih perhatian kepada lawatan-lawatan memburukkan negara yang dilakukan Anwar dan budak pembancuh kopi dan pembuat karipap yang dibawanya.

    ReplyDelete
  18. Isu yang dibangkitkan DS Zahrain, siapa tanggung lawatan Anwar yang banyak ke luar negara ini? Ini soalan yang kita perlu tanyakan dengan Anwar, duit sapa yang dia guna untuk membuat lawatan ke luar negara? Takkan sebagai Ahli Parlimen, banyak sangat gajinya untuk menampung perbelanjaan ke luar-luar negara semua tu?

    ReplyDelete
  19. Kata DS Zahrain, lawatan Anwar kalah lawatan Perdana Menteri, siap ada delegasi.

    ReplyDelete
  20. Termasuk yang dalam delegasi itu ialah budak pembancuh kopi yang kini mengadukan kes dia diliwat di Mahkamah oleh Anwar. Seolahnya di negara yang dikunjungi Anwar itu, tidak ada orang yang tahu membancuh kopi. Sekali lagi, siapa dia yang membayar semua perbelanjaan Anwar dan delegasinya ke luar negara ini? Adakah jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu yang memungkinkan semua lawatan Anwar ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor?

    ReplyDelete
  21. Jika itu benar, kita simpati dengan rakyat negeri Selangor, duit cukai anda digunakan untuk menanggung lawatan-lawatan Penasihat Ekonomi Negeri yang tiada faedah.

    ReplyDelete
  22. walaupun katanya gaji Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri hanya RM 1, berapa wang dibelanja untuk membayar kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri? Ada Chief of Staff lagi yang kini cuba nasib bertanding jawatan Ketua AMK. Takkan Rafizi sanggup tinggal jawatan besar di Petronas untuk bekerja dengan Anwar kalau pendapatannya RM 1 juga?

    ReplyDelete
  23. Pendek kata gaji RM 1 ini hanya pengalihan semata-mata

    ReplyDelete
  24. Anwar pernah bising, memekak dan mempertikaikan FDI negara untuk tahun 2009 yang jatuh menjunam sehingga 81%, tetapi bila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke luar negara yang antaranya mencari peluang pelaburan baru, Anwar dan barisan pembangkang yang diketuainya memekak pula.

    ReplyDelete
  25. Tak payah lihat jauh, bulan September lepas sahaja Anwar mengadakan lawatan ke Eropah (Brussel dan Berlin), singgah sekejap di UK. Bulan yang sama ke Jakarta, kebetulan sama pula dengan Festival Filem Gay Qi yang berlangsung di sana, tapi tak pasti pulak ada kaitan atau tidak. Sebelum itu apology tour ke US berhubung kecaman pelobi yahudi USA atas kenyataannya mengenai APCO yang disifatkan sebagai anti simetik dan sebagainya. Semua ini bukan sikit perbelanjaan dan soalan kita siapa yang menanggung?

    ReplyDelete
  26. ada masanya kagum dengan Anwar. Kagum dengan keupayaannya menebalkan muka, memekakkan telinga bagi segala penipuan yang dilakukannya.

    ReplyDelete
  27. It will be an "empty victory" if the ruling Barisan Nasional (BN) coalition only wins Election 2013 by fewer seats than Election 2008, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said.

    ReplyDelete
  28. He was asked to comment on the current government's perceived weakness after Dr Mahathir stopped serving as prime minister, where it was pointed out that the public was now free to challenge the government on issues including the Automated Enforcement System (AES) and use of the word "Allah".

    ReplyDelete
  29. Earlier in his reply, Dr Mahathir said that the government had deliberately made itself weak, without specifying if he was referring to his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi or current Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete