Saturday 1 December 2012

LKIM TERUS BELA NELAYAN MISKIN






TERIMA KASIH…salah seorang nelayan menerima eluan bulanan LKIM yang disampaikan oleh V.K Liew.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui pembentukkan pemerintahan di negara ini terus memainkan peranannya ke arah membantu bagi meningkatkan kualiti hidup rakyatnya dalam pelbagai aspek, khususnya bagi menjana ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.

Kerajaan sedar, selain sektor pertanian da perindustrian  yang menjadi sumber utama ekonomi negara, sektor perikanan juga tidak pernah diabaikan, terutama bagi menggalakkan kaum nelayan agar lebih  inovatif dan pro-aktif; maka kerajaan melalui agensinya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memainkan peranannya merealisasikan peningkatan pendapatan kaum nelayan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata demikian ketika berucap di majlis  penyampaian  Bantuan Sara Hidup Nelayan (LKIM) kepada seramai 716 nelayan di Sandakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi kelmarin.

Liew berkata, usaha kerajaan, khususnya LKIM memberikan bantuan elaun bulanan kepada kaum nelayan di Sandakan, merupakan satu langkah bijak, berinisiatif serta prihatin membantu golongan nelayan bagi menjana kestabilan ekonomi.





SESAK…716 nelayan seluruh Sandakan yang hadir menerima Elaun Bulanan LKIM di Dewan Masyarakat Sandakan.

“Saya juga difahamkan selain para nelayan menerima elaun bulanan sebanyak RM200, mereka juga menerima imbuhan lain seperti komisyen 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang dipasarkan oleh LKIM. Ini bermakna, jika mereka boleh mendaratkan 2 tan ikan sehari, maka mereka akan memperolehi bonus yang lumayan,” ujarnya.

Selain itu, kata V.K.Liew lagi, sebanyak 93 buah rumah para nelayan yang  usang telah dibaik pulih ini dengan tujuan untuk memberikan keselesaan kepada kaum nelayan setempat.

Kata V.K Liew, permintaan hasil sumber laut seperti ikan, udang, ketam semakin meningkat ekoran pembukaan banyak restoran makanan laut dan firma yang mengeksport makanan laut.

No comments:

Post a Comment