Sunday 2 December 2012

PAIRIN BUAT PUKULAN PERTAMA HOLE IN ONE






TAHNIAH.....Kelihatan dalam gambar  peserta pertandingan yang lain mengucapkan tahniah sambil menyaksikan Pairin mengambil biji golf dari pukulan pertama di lubang pertama yang menghasilkan hole-in-one.

Oleh : ROZIE JUMAT

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur  Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membuat kejutan Hole in One  dalam pembukaan Pertandingan Golf Piala Presiden Chip dan Putt 2012 Tambunan Golf Club (TNGC) di sini.

Pairin yang juga Presiden TNGC membuat pukulan pertama sebagai peserta pertama berjaya melayangkan bola di lubang pertama mengamatkan suasana pertandingan yang diadakan di TNGC Mini Golf Course di sini.

Pairin juga tidak menjangka  berhasil membuat pukulan hole-in-one tersebut kerana telah lama tidak bermain golf.

“Sudah 4 tahun saya tidak bermain golf,” kata Pairin gembira dan kemudiannya meneruskan permainan bersama rakan-rakannya.

Berikut keputusan penuh pertandingan golf berkenaan;

Kategori nett;
1.simon ongi
2.Puney Kiob
3.Jason Cyrinus
4.Saban Suhut
5.Christoper Golic
6. Bradley Oswald

Kategori VIP;

1. Justin Alip
2. Laiwon Daus
3.  TS Pairin Kitingan

No comments:

Post a Comment