Saturday 22 December 2012

PAKATAN RAKYAT AKAN PULIHKAN ARNS






Oleh : LESAYA LOPOG SORUDIM

SALAH satu dasar yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Sabah selepas Mengambil Kerajaan Negeri ialah memulihkan skim Amanah Rakyat Negeri Sabah (ARNS). Satu skim Amanah yang telah dimulakan ketika USNO memerintah dan tidak diteruskan selepas Barisan Nasional mengambil alh kerajaan negeri dari PBS.

Kegagalan kerajaan negeri sekarang untuk meneruskan skim ini menunjukkan kelemahan mereka dalam mengurus tadbir sosio-ekonomi yang sepatutnya membawa faedah yang baik kepada rakyat di Sabah.

Biro Ekonomi APS telah membuat satu kajian teliti mengenai cara memulihkan skim ini dan bagaimana ia boleh diurus dengan  bijak, maka didapati bahawa skim ini dapat diurustadbir dengan berkesan dan dilaksanakan secara berterusan melalui satu dasar bijaksana. 

Dengan demikian setiap pemegang sijil ARNS serta seluruh rakyat Sabah yang layak akan mendapat faedah yang baik daripada skim ini.

Susulan daripada kajian positif yang dibuat mengenai perkara ini maka ia telah dimasukkan dalam Buku Kuning 'Aspirasi dan Perjuangan Rakyat Sabah' yang telah dipersetujui dan ditanda tangani bersama oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing pada 29 Julai 2012.

Buku Kuning ini juga berupa 'Deklarasi Perjuangan APS' yang mana ia telah disampaikan kepada seluruh rakyat Sabah, khususnya di kawasan KDM melalui siri Jelajah Ceramah Perdana yang dianjurkan oleh APS dengan kerjasama gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Bagi kawasan-kawasan lain, siri Jelajah Penerangan ini dijalankan bersama oleh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) juga dengan kerjasama parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Sesetengah pihak mungkin akan melihat cadangan ini sebagai satu janji yang tidak akan dapat ditunaikan. Namun kami dalam APS dan Pakatan Rakyat yakin bahawa melalui rangka kertaskerja yang kami telah buat, cadangan ini boleh dan dapat dilaksanakan.

Sokongan dan undi anda untuk PR akan mempastikan bahawa cadangan ini pasti akan dapat dilaksanakan demi kebaikan seluruh rakyat Negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment