Sabahkinitv Production

Loading...

Saturday, December 15, 2012

PEGAWAI SPR BUKAN LAGI PEMUDA UMNO




           
Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

TIMBALAN Pengarah Operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Aksyah Nasrah berkata beliau sudah lama meletakkan jawatan dalam Pemuda Umno sebelum ditempatkan di suruhanjaya itu.

"Saya sudah lama berundur dalam jawatan Pemuda Umno sebelum saya masuk SPR lagi.

Katanya lagi, isu berkenaan sudahpun ditangani suruhanjaya itu.

"Isu sudah diambil tindakan," katanya yang menambah beliau kini tidak lagi terlibat dengan apa-apa kegiatan politik.

Oleh yang demikian, isu yang dibangkitkan Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu itu juga tidak timbul, katanya.

"Saya tidak terlibat dengan apa-apa jawatan dalam pemuda Umno dan apa-apa kegiatan politik.

"Jadi tidak timbul soal kebimbangan yang dikemukakan Lahirul itu," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Jelasnya itu merupakan kenyataan peribadinya bagi menjawab dakwaan yang ditimbulkan itu.

Beliau mengulas mengenai tuntutan Pemuda PAS Sabah yang meminta Aksyah berundur sama ada daripada SPR atau sebagai ahli Umno.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dalam satu sidang media Selasa lalu berkata Aksyah perlu memutuskan antara dua pilihan berkenaan memandangkan timbul kebimbangan apabila terdapat timbalan pengarah SPR yang menjawat jawatan dalam parti yang bertanding.

Penjelasan Aksyah hari ini timbul susulan kenyataan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilaporkan bimbang dengan komplikasi undang-undang dalam isu tersebut.

Dalam laporan Sinar Harian itu, Abdul Aziz bagaimanapun mengakui bahawa pegawai SPR tidak boleh aktif dan memegang jawatan dalam parti politik.

"Kita kena lihat apa sebenarnya (kes ini). Jangan silap ambil tindakan terhadap pegawai kerajaan. Dia boleh bawa kita ke mahkamah," katanya.

Beliau juga berkata SPR akan mengumpul maklumat kes itu dan ambil tindakan mengikut garis panduan dan perundangan yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). (MKINI)

No comments:

Post a Comment