Saturday 1 December 2012

PEMUDA CADANG KERAJAAN BANTU 'HANTU HIDUP'




           
Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
             
PERWAKILAN Pergerakan Pemuda Umno hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya mencari jalan membantu dan mempermudahkan urusan kumpulan usahawan yang dibelenggu dengan kebankrapan yang menurutnya umpa 'hantu hidup'.

Exco Pemudanya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata ada di kalangan usahawan yang mengalami bankrap menghadapi kesukaran memulakan perniagaaan semula.

"Usahawan ini, mereka tidak bekerja dengan orang. Mereka ini bankrap kerana ditipu oleh kawan, ditimpa bencana, berniaga tidak jadi... (Apa salahnya) kita beri peluang kedua," katanya.

Bercakap membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno ke-66 di ibu negara petang ini, Sohaimi berkata antara cadangan adalah meringankan deposit kos pembayaran yang dianggap perlu ditanggung bersama oleh pihak bank dan orang yang berhutang

"Nama mereka sudah tidak laku. Tidak boleh buka perniagaan, mereka dilihat seolah-olah hantu hidup. Hasil perjumpaan mereka ni kumpulan minoriti yang terabai. Macam ada sakit kusta, takut untuk didekati," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu mengusulkan supaya kerajaan mengkaji semula cara bagi membantu usahawan yang disenarai hitam ekoran masalah yang dihadapi mereka.

Dalam ucapannya juga, beliau turut membidas pakatan pembangkang yang didakwanya menghidapi "kecelaruan minda dan berserabut" dalam menunaikan janji yang dimuatkan dalam manifesto mereka

Sambil mengangkat plakad yang menyenaraikan janji dalam manifesto pembangkang, Sohaimi membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antaranya berkaitan pemberian air percuma dan peruntukan untuk ibu tunggal.

"Bila cabar (MB) bahawa ini janji manifesto, dia kata manifesto bukan janji," kata Sohaimi yang juga ketua Pemuda Umno Selayang, sambil menggesa semua perwakilan bekerja keras untuk mempertahankan Putrajaya.

Sila tonton video HANTU HIDUP

No comments:

Post a Comment