Saturday 8 December 2012

PENGAKUAN IKHLAS KAKAK NORIKOH






Saudara Pengarang,

SAYA ingin berkongsi cerita sebenar berhubung kes kematian misteri gadis sunti, Norikoh Saliwa, 16, untuk perkongsian bersama kerana kita berhak untuk mengetahui gambaran kejadian sebenar dan bukannya mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Berikut adalah cerita asli dari lidah Kakak Gadis Sunti yang dibunuh Warga Pakistan kepada rombongan Baintin A. Halim Adun:

Pagi itu saya dan adik saya (Norikoh) berada di kedai Pakistan berdekatan dengan agen rokok Dunhill di pekan Goshen. Saya tanya ada kerja kosong atau tidak untuk adek sepupu saya yang tidak bersama kami di kedai itu.

Pakistan itu minta supaya adik saya terus kerja pada hari itu juga dan adik saya akan ditempatkan di kedai perabotnya di Pitas. Adik saya cakap sama itu Pakistan bahawa dia tidak mahu kerja sebab dia masih bersekolah.

Pakistan itu memaksa juga. Kami tinggalkan kedai itu untuk pergi ke pekan baru. malangnya barang yang kami beli di pekan Goshen tertinggal di kedai Pakistan itu. Adik saya hubungi Pakistan itu tapi adik saya suruh saya bercakap untuk mengesahkan sama ada barang kami itu masih di kedai itu.

Pakistan itu mahu saya kerja hari itu juga tapi saya jawab saya masih sekolah. Mungkin Pakistan itu fikir saya ini adalah adik saya. Pakistan itu kata dia akan bawa barang kami di pekan baru sebab dia sendiri akan pergi ke pekan baru untuk tagih hutang.

Beberapa minit pakistan itu telefon lagi dan adek saya menyambutnya sambil berjalan menuju ke belakang Alliance Bank di mana Pakistan itu tunggu dengan lorinya. Itulah Pakistan yang saya nampak di kedai yang memaksa adik saya kerja hari itu juga.

Adik saya naik lori dan berjalan. Bila saya kol adik saya dia kata itu Pakistan tidak bawa barang kami. Beberapa minit saya kol lagi adik saya dan adik saya kata dia ada di kedai Pakistan itu. Beberapa minit lagi saya sms dan kol adik saya tapi sudah tiada jawapan.

Beberapa lama kemudian, Pakistan itu datang kepada saya menyerahkan beg tangan adik saya. Bila saya tanya di mana adik saya, Pakistan itu kata tidak tahu. Dia turun di Shell.

Saya rasa ada sesuatu yang tidak betul, saya pergi ke balai polis buat laporan. Polis kata secara kebetulan ada seorang budak perempuan mati di jalan dekat Giat Mara. Polis itu bawa saya di tempat itu tetapi mayat itu sudah di hospital. Polis bawa saya ke hospital. Sampai di hospital saya nampak orang ditutup dengan kain. Saya buka kain penutup di sebelah kaki dan saya pasti itu adalah adik saya. Itulah cerita panjang kakak si Gadis Malang itu.

Salam Hormat,

SUNDIAN SAPAUN

No comments:

Post a Comment