Thursday 13 December 2012

PESERTA HIMPUNAN BERGESER DI JPN





           
Oleh : LU WEI HOONG & NANDINI BALAKRISHNAN

SEKUMPULAN kira-kira 500 orang berhimpun di Putrajaya pagi kelmarin dan berarak ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu taraf kerakyatan ekoran dan dokumen pengenalan diri.

Kumpulan berkenaan yang tiba sejak jam 10 pagi berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.

Ramai di antara mereka membawa poster berbentuk MyKad merah dengan gambar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, bagi menyatakan dakwaan yang menyalahkan kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan taraf kerakyatan.

Naib Presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menyampaikan ucapan sebelum perarakan dimulakan.

Setibanya di bangunan berkenaan pada kira-kira jam 11.15 pagi, sebahagian daripada peserta berkenaan kemudiannya bergeser dengan kumpulan anggota polis yang mengawal premis tersebut.




Kumpulan peserta berkenaan memenuhi ruang sempit di pintu masuk JPN dan sebahagian lagi yang tidak sabar berkeras untuk memasuki bangunan tersebut.

Pintu berkenaan bagaimanapun ditutup dan dikawal rapi oleh anggota polis yang membentuk dua barisan.

Dua Naib Presiden PKR, N Surendran dan Chua Jui Meng dilihat mengadakan rundingan dengan seorang pegawai polis bagi membenarkan peserta memasuki bangunan tersebut.

Polis kemudiannya membenarkan 10 orang wakil untuk bertemu Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said namun sekumpulan peserta masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan melaungkan "Buka Pintu!" serta "Reformasi!"

Sebahagian daripada peserta berkenaan kemudian mula menolak peserta lain yang berada di bahagian hadapan dan cuba melepasi kawalan polis. Kumpulan berkenaan kemudiannya berjaya ditenteramkan pemimpin Pakatan Rakyat. (MKINI)

No comments:

Post a Comment