Saturday 22 December 2012

SAYAL KENAL SIAPA AKSYAH!





Saudara Pengarang,

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kenyataan balas daripada Aksyah Bin Nasrah, Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri Sabah berhubung dakwaan keterlibatan secara langsung dalam politik UMNO dengan memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan.

Sungguhpun beliau sudah menjawab kenyataan dengan memberikan gambaran bahawa beliau sudah lama meletak jawatan dalam Pemuda UMNO sebelum terlibat sebagai pegawai di SPR Sabah, namun itu bukanlah satu jaminan kukuh bahawa beliau tidak terlibat sepenuhnya.

Persoalannya:
1. Adakah benar Aksyah Bin Nasrah sudah meletak jawatan dalam UMNO?
2. Dengan memegang jawatan penting dalam Pemuda UMNO, adakah Aksyah Bin Nasrah benar-benar ‘bersih’ dan tidak 'berat sebelah' terhadap parti yang diwakilinya?

Hasil siasatan kami, mendapati Aksyah Bin Nasrah mempunyai peranan penting dalam memenangkan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu serta beberapa Pilihanraya Kecil (PRK) samada secara langsung mahupun tidak atau di belakang tabir.

Oleh kerana itu, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah khuatir sekiranya Aksyah Bin Nasrah masih memegang jawatan SPR, pelbagai kemungkinan yang tidak mustahil bakal berlaku dan sekaligus mencacatkan integriti SPR di kaca mata rakyat Malaysia.

Perlu diketahui secara lebih jelas bahawa, keberadaan Saudara Aksyah Bin Nasrah dalam kepimpinan SPR terutama di peringkat negeri akan terus menghakis kepercayaan rakyat terhadap kepentingan serta keadilan mengurus demokrasi Malaysia dan kepatuhan terhadap sistem kepercayaan orang ramai khususnya rakyat Malaysia berkaitan kewibawaan, ketelusan dan kelangsungan dalam pengurusan pilihanraya yang dikaitkan dengan SPR.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak agar Aksyah Bin Nasrah mesti meletak jawatan daripada memegang sebarang jawatan yang berkaitan SPR secara terhormat bagi menjaminketelusan dan meningkatkan integriti badan pilihanraya negara yang semakin suram sejak akhir-akhir ini.

Salam Hormat,


LAHIRUL LATIGU
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

No comments:

Post a Comment