Saturday 1 December 2012

'SAYONARA' BUAT PEMBANGKANG






Oleh : ALKAM AB LATIF

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata sekarang adalah masa untuk seluruh ahli UMNO bersama mengucapkan selamat tinggal (Sayonara) kepada puak pembangkang dengan memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

“Di sini pada Perhimpunan Agung UMNO terpenting ini, tibalah masanya untuk perwakilan dan seluruh saf kepimpinan UMNO, menyahut seruan Presiden agar bersiapa siaga pada tahap tertinggi untuk PRU-13”, katanya di sini hari ini.

Ini tegasnya boleh dicapai dengan mematuhi disiplin organisasi dengan matlamat yang jelas untuk kemenangan BN demi membela nasib semua rakyat dengan adil.

Jelas beliau lagi PRU-13 bukan bahan ujikaji untuk memperjudikan masa depan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Tambahnya pembangkang telah terbukti tidak berjaya menunaikan janji pilihanraya di empat negeri di bawah pemerintahan mereka.

“Buku Jingga mereka pula adalah dokumen yang fatamorgana yang bakal membankrapkan negara tercinta ini.  Oleh itu, sekarang ini juga mari kita bersama mengucapkan selamat tinggal kepada puak pembangkang.

“Sokonglah Barisan Nasional yang sentiasa menepati janji untuk manafaat rakyat”, ujarnya. -MediaUMNO
“Sebenarnya mereka hanya menjaja retorik ke sana ke mari membawa huru-hara dalam negara ini,” katanya lagi.

Sementara itu, perwakilan dari Negeri Sembilan pula berkata, MCA sendiri mengakui bahawa hanya Umno sahaja membela orang-orang Cina di negara ini.

Datuk Jalaludin Alias berkata parti komponen BN, Gerakan dan MCA mengetahui hanya Umno sahaja akan membela nasib kaum Cina dan bukannya pembangkang semasa membahaskan ucapan dasar presiden Datuk Seri Najib Razak.

“Gerakan dan MCA mengetahui hanya Umno sahaja mampu membela nasib kaum Cina dan bukannya pembangkang.

“Berbanding DAP, kedua-dua parti tersebut lebih praktikal dan mengakui hak keistimewaan orang Melayu,” kata Jalaludin pagi ini.

Jalaludin juga mengecam ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR)dengan mengatakan ideologi mereka tidak sehaluan dan berpecah-belah.

“Pedulikan tohmahan pembangkang, Anwar dengan janjinya, DAP dengan kesombongan dan perkaumannya dan PAS dengan ideologi sempitnya.

“Dan hari-ke hari pembangkang ini memualkan. Rakyat sudah pandai menilai yang mana satu baik,” kata Jalaludin lagi.

Jalaludin kemudiaan mengarahkan kecamannya kepada DAP dan menuduh parti tersebut bukan sahaja tidak menghormati hak orang Melayu tetapi juga sering menghina agama Islam yang disifatkannya sebagai suatu sikap yang biadap.

“DAP secara terang-terangan menolak apa sahaja yang berasaskan kemelayuan dan keislaman dalan negara ini.

“Jelas MCA dan Gerakan lebih memahami kita dan tahu tentang sejarah dan kedudukan sebenar dalam negara ini. Saya amat yakin mereka menyedari tanpa Umno keadaan dalam negara yang aman tidak akan terjamin,” tambah beliau.

BN hilang sejumlah besar undi masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina dalam gabungan tersebut seperti MCA dan Gerakan – kalah di hampir kesemua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN).

Malahan presidennya, Najib dalam satu wawancara baru-baru ini sebelum menjelang perhimpunan agung menyeru masyarakat Cina yang menyukai kepimpinannya memberi sokongan menyeluruh kepada Umno dan BN jika mahu lebih banyak kejayaan kepada negara menerusi program transformasi negara.

Mengulas lanjut mengenai golongan masyarakat Cina yang masih berbelah bahagi menyokong kerajaan, beliau berkata, “Kalau dia nak saya sebagai PM yang boleh membawa transformasi kepada negara sebagaimana yang mereka dah yakin selama ini, mereka perlu beri sokongan kepada saya.”

Sementara itu, perwakilan dari Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, hak-hak orang Melayu telah banyak dihapuskan oleh kerajaan negeri yang diketuai DAP.

“DAP biadap kerana mengenepikan Islam dan orang Melayu, dan kita perlu memenangi semula Pulau Pinang untuk kepentingan orang Melayu.

“Lim Guan Eng begitu sombong, sehingga dianggap sebagai tokong, apa yang dibuat tak boleh dikritik,” kata Abdul Rahim lagi.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen yang sebahagian besarnya kerana kekalahan besar di Semenanjung, di mana BN hanya menang 85 kerusi manakala pembangkang menyapu bersih 80 kerusi.

Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan di mana gabungan itu menewaskan pembangkang dan hampir menyapu bersih kerusi, memenangi 55 kerusi parlimen meninggalkan pembangkang yang hanya menang dua kerusi.

Baru-baru ini, organisasi amal antarabangsa Equal Rights Trust (ERT) dan kumpulan hak asasi manusia Malaysia Tenaganita menggesa kerajaan memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik

Kajian empat bahagian itu mendakwa kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif.

“Langkah-langkah tindakan positif di bawah peruntukan ini tidak terhad kepada masa atau mempunyai fungsi terhad.

“Keistimewaan kekal dinikmati oleh orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak itu mengekalkan piawaian tidak sama rata dan berasingan, atas alasan bangsa, bercanggah dengan larangan diskriminasi dalam perlembagaan,” kata kajian tersebut.

No comments:

Post a Comment