Sunday 2 December 2012

SUKAR BAGI UMNO BERGERAK SEBAGAI SATU






Oleh : CLARA CHOOI , AMIN ISKANDAR DAN NOMY NOZWIR

PELEKAT.....Perwakilan Umno memaparkan pelekat dengan perkataan ‘I Love PM ‘ (Saya cinta PM) di Perhimpunan Agung Umno yang ke-66 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PERHIMPUNAN Agung Umno yang berakhir malam semalam memberikan semangat dan mengembalikan semula tenaga perwakilan, tetapi tidak banyak mereka perolehi selepas empat hari bertemu, kata penganalisis, sambil menambah perhimpunan tidak lebih daripada menunjukkan kekuatan dan retorik menyalahkan pihak lain dari delegasi parti.

Satu-satunya signifikan dibawa pulang dari perhimpunan bagi yang hadir adalah mesej perpaduan dari presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan peringatan beliau lakukan secara berulang-ulang agar ahli bersatu, tidak bertelagah sesama sendiri dan fokus menyerang musuh.

Mesej ini penting bagi ahli parti, dikala ketika seluruh negara menunggu pilihan raya akan datang yang perlu diadakan selepas mandat Barisan Nasional (BN) berakhir April tahun hadapan.

“Kita mesti katakan, katakan dengan kuat… jika saya tidak terpilih, saya akan menyokong sepenuhnya calon dipilih Umno dan BN,” kata perdana menteri dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno ke 66.

Satu korus kuat kelulusan respon kepada beliau, dan teriakan “Boleh!” menggegarkan Dewan Merdeka di sini sebagai perwakilan kelihatan mengisytiharkan perpaduan mereka.

Tetapi semangat dan air mata yang mengalir ke muka beberapa orang ketika Najib mengajak mereka untuk solat kemudian, mungkin tidak cukup membawa Umno untuk menang di peti undi seperti mereka mahukan.

Yang jelas, walaupun Najib dan pasukannya bekerja keras untuk melakukan transformasi dan menjenamakan semula Umno semenjak empat tahun lepas, adalah sukar untuk mengatakan akar umbi yang berjumlah lebih tiga juta, mengikut jejak langkah perdana menteri.

Paling ketara adalah semasa perhimpunan apabila delegasi parti menggunakan serangan sama kepada pembangkang seperti perhimpunan lalu, walaupun presiden mereka meminta idea-idea baru dibincangkan berbanding peristiwa masa lalu.

Dalam ucapan dasarnya Najib berkata demografi pengundi Malaysia sudah berubah secara radikal sejak beberapa dekad lalu dan pengundi muda berjumlah besar.

Beliau memberitahu delegasi pengundi hari ini lebih arif, keritikal dan mahir teknologi serta mahu melihat apa yang kerajaan boleh tawarkan untuk masa depan mereka berbanding mengungkit tentang kejayaan lalu.

Akan tetapi penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberitahu The Malaysian Insider walaupun ini jelas dalam ucapan Najib, hanya sedikit diucapkan semasa perbahasan tentang reformasi bakal dilakukan dan polisi baru ditawarkan oleh tunggak kepada BN itu.

“Saya melihat dari berita, saya tidak nampak hala tuju, saya lihat mereka hanya mengkritik pembangkang,” katanya.

Ahli akademik itu bersetuju dengan walaupun Najib dan pasukannya mengambil langkah besar dalam program transformasinya, ahli-ahli parti masih tertinggal di belakang.

“Perhimpunan kali ini tidak membawa ke hadapan dalam transformasi Umno yang dijanjikan oleh presiden.

“Kerana ia hanya dipenuhi dengan emosi dan sentimen di dalam dewan,” tambah Agus.

Dalam temubual sebelum ini oleh The Malaysian Insider, profesor tersebut mengatakan rayuan Najib untuk perpaduan dalam Umno dilihat sebagai permintaan pramatang, oleh kerana sabotaj dalaman adalah “isu lama” dalam parti tersebut.

“Dalam parti wujud unsur Cah Keting, wujud unsur sabotaj, dan masing-masing merasakan ada sumbangan kepada parti dan mahu menjadi calon. Jadi bila tidak dapat itu mereka akan mula sabotaj,” katanya.

“Ini isu lama dalam parti dan perlu diselesaikan secara teliti,” tambah beliau lagi.

Elemen ini boleh dirasai, termasuk di kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan sepanjang minggu lalu.

Salah seorang pemimpin Perak yang ditemui The Malaysian Insider mengakui, “terdapat beberapa kawasan” berterusan memberi masalah kepada Umno walaupun semua ahli parti telah bersumpah bai'ah.

Seorang pemimpin tertinggi Umno Perlis juga mengakui perpecahan antara kem Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu dan kem bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Jika Md Isa mahu memimpin dengan betul, beliau perlu berunding dengan kita semua. Beliau tidak boleh membenarkan faktor-faktor luar campur tangan dalam urusan kami,” kata pemimpin pro-Shahidan apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.

Aka tetapi bagi penganalisis dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Jayum Jawan, Najib tidak harus pedulikan tentang ini sambil menambah sudah sampai masanya bagi Umno untuk mengenepikan budaya “warlord” ini.

“Pembaharuan harus dilakukan… dan muka baru yang boleh membawa pembaharuan itu tadi harus diketengahkan.

“Jadi kalau kita takut sangat, risau sangat, itu tidak akan berlaku. Ini adalah satu 'do or die thing' bagi presiden Umno, tidak ada jalan lain.

“Ini adalah risiko yang perlu diambil oleh ahli politik, pada sesuatu masa, dan tegas dengan keputusan itu,” katanya.

Umno berhempas pulas untuk menghentikan sabotaj dalamn yang mereka percaya sebagai punca utama kehilangan kerusi BN pada pilihan raya lalu.

Pada pilihan raya 2008, gabungan pemerintah itu hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan lima buah negeri yang menyaksikan penubuhan Pakatan Rakyat (PR) oleh pembangkang.

Perak kemudian diperolehi semula selepas beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PR lompat parti.

Oktober lalu, Najib mengumumkan keputusan kepimpinan parti tersebut memberikan kuasa khas kepada panel baru ditubuhkan untuk mengambil tindakan kepada sesiapa yang khianat atau sabotaj parti atau mana-mana calon BN.

Mandat Najib akan berakhir pada April 2013, memberikan lima bulan lagi untuk perdana menteri mengadakan pilihan raya. (TMI)

No comments:

Post a Comment