Wednesday 12 December 2012

SUMBANGSIH AMANAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN






SUMBANGAN ......kelihatan Haji Ghulabdin (kedua dari kanan)  sedang menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang telah diterima sendiri oleh Haji Mansaat (Ketaiga dari kiri) turut kelihatan Haji Awang Puasa (Kedua dari kanan).

OLEH: KREW SABAHKINI.NET

TUARAN: Mangsa kebakaran, Haji Mansaat Haji Alang Laut yang kehilangan rumah kediamaannya di Kampung Gayang Tuaran, melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana menerima kunjungan serta bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian daripada Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih dan Ketua Penerangan AMANAH Kawasan Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul pada pagi Selasa.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Haji Ghulabdin yang turut disaksikan oleh Haji Awang Puasa serta keseluruhan ahli keluarga Haji Mansaat yang dilaporkan tidak dapat menyelamatkan harta benda termasuklah pelbagai dokumen peribadi mereka.

Haji Ghulabdin yang menyatakan rasa simpatinya kepada keluarga Haji Mansaat menyatakan, dengan sedikit sumbangan yang diberikan oleh AMANAH Sulaman itu diharap akan dapat meringankan benanan keluarga mangsa

"Semoga akan ada lebih banyak lagi penderma tampil dan bermurah hati untuk memberikan sumbangan bagi membantu mangsa yang terlibat," kata Haji Ghulabdin.

Sementara itu, pihak bomba sedang membuat siasatan terhadap punca berlakunya kebakaran itu, di samping pihak bomba juga sedang menghitung kerugian yang dialami oleh Haji Mansaat akibat daripada musibah kebakaran tersebut.

Dalam pada itu, Haji Mansaat terharu dengan kehadiran Haji Ghulabdin dan Haji Awang Puasa yang telah sudi awal-awal pagi lagi melawat beliau.

"Saya sesungguhnya ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepada kami. Bantuan ini dapat meringankan bebanan kami akibat musibah ini," kata Haji Mansaat lagi.

No comments:

Post a Comment