Sunday 9 December 2012

SUSPEK KES BUNUH WANITA DITAHAN REMAN




LOKASI......Di sinilah gadis berkenaan dibunuh suspek.

By : NOORASVILLA MUHAMMA

SANDAKAN: Pihak polis telah menahan seorang lelaki berumur 21 tahun untuk membantu siasatan terhadap kes bunuh seorang wanita di kawasan perindustrian ringan Sedco, Batu 3, Jalan Utara di sini.

Suspek yang tidak bekerja dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu telah ditahan oleh sepasukan anggota polis diketuai Pegawai Penyiasat Kanan JSJ Sandakan, ASP Sharanjeit Singh, kira-kira jam 4 petang hari yang sama di kawasan Batu 3.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali berkata siasatan awal mendapati suspek merupakan teman lelaki mangsa dan pembunuhan dipercayai bermotifkan cemburu.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi tujuan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 pagi Jumaat, mayat Arwidah Misran, 19, ditemui di dalam parit di hadapan sebuah bengkel kereta oleh orang awam yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemui dengan enam hingga tujuh kesan luka tikaman pada badannya. (UB)

No comments:

Post a Comment