Oleh: JACKSON LU
KEMABONG: Presiden Angkatan
Perubahan Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menegaskan bahawa
niatnya keluar daripada UPKO yang diasaskannya sendiri namun demi rakyat dan
kedaulatan negara khususnya dinegeri ini beliau tiada pilihan tetapi terpaksa
meninggalkan perjuangan itu.
Disebabkan itu katanya,
beliau tidak ragu-ragu menggalas tugas yang berat untuk memperkukuhkan kekuatan
pembangkang dengan menubuhkan satu pertubuhan NGO Angkatan Perubahan Sabah
(APS) dibawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menumbangkan Barisan Nasional
(BN) pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.
“Kita tidak sanggup melihat
penyelewengan terus berleluasa, rasuah dan yang terbaru tuduhan RM40 juta yang
turut mengaitkan Ketua Menteri Sabah manakala rakyat orang asal terus
dipinggirkan dari mendapat hak tanah tanah adat NCR,” kata beliau di hadapan
kira kira lebih 500 orang menghadiri pelancaran APS Kemabong di Sungai Api pada
Rabu.
Turut mengiringi Bumburing
di majlis itu, Datuk Maijol Mahap, Datuk Kalakau Untol, Datuk Herman Tiongsoh,
Datuk Halik Zaman (PKR) selain tuan rumah Datuk Raymond L Laikim dan Biou
Suyan.
Selain itu katanya, isu
kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pemberian kerakyatan negara
ini kepada warga asing menerusi pintu belakang termasuk pengeluaran Kad
Pengenalan secara 'express' masih terus menjadi jadi tanpa kawalan pihak
berkuasa.
Bumburing yang juga
merupakan Ahli Parlimen Tuaran menegaskan, beliau dikejutkan dalam satu
kejadian ngeri pembunuhan seorang gadis bawah umur rakyat tempatan di salah
sebuah kampong dalam daerah Kota Marudu dimana pelakunya adalah rakyat asing
Pakistan.
“Saya baru juga melawat
keluarga mangsa...keluarganya memberitahu bahawa mangsa bukan sahaja dirogol
dan dibunuh tetapi mayat mangsa turut dianiaya dimana ia dicampakkan ditepi
jalanraya diKota Marudu.
“Ini memperlihatkan kepada
kita bahawa keselamatan rakyat dinegara kita kini semakin terancam dengan
adanya kehadiran warga asing yang tidak terkawal...lebih lebih lagi pemilikan
kerakyatan dan kad pengenalan boleh diperolehi dengan mudah dan cepat,” tegas
Bumburing.
Manakala rakyat dikawasan
luar bandar terutamanya masyarakat orang asal yang masih tinggal menetap
ditanah tanah adat NCR sejak berpuluh tahun lalu harapan mereka turut musnah
apabila tanah tanah NCR dibangunkan kerajaan menggunakan geran komunal sebagai
tipu muslihat mereka untuk merampas kembali tanah tanah tersebut, tegasnya.
“Saya begitu hairan
sekali...kerana apabila tanah tanah orang asal dirampas dan rumah rumah mereka
dirobohkan, mereka dibiarkan merempat dimana mana. (tetapi) jikalau setinggan
yang diwujudkan oleh PTI dipinggir pinggir kota...sebelum rumah mereka
dirobohkan mereka disediakan satu kawasan penempatan sementara...apakah ini
adil?
“Itu sebabnya kita
memikirkan semasak masak jalan yang terbaik harus dilakukan demi menyelamatkan
keadaan...dari aspek keselamatan, kedaulatan dan niat kita untuk dapatkan
kembali hak kita yang semakin terhakis...maka tidak ada jalan pintas selain
kita minta mandat daripada rakyat untuk menukarkan kerajaan Barisan Nasional, ”
tegasnya.
No comments:
Post a Comment