Thursday 13 December 2012

UPKK, KAFA SABAH LULUS 100 PERATUS






Oleh:ARSHAD HUSSIN

CEMERLANG...Dato Sri Nasir (kiri) diringi Ustaz Hj.Bungsu @ Aziz Jaafar (dua kiri) dan Datuk Zainab Ahmad (dua kanan) menyampaikan anugerah pelajar cemerlang kepada Adik Mohd.Asyraf (kanan) sempena majlis itu di Dewan Resital UMS.

KOTA KINABALU: Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di seluruh Negeri Sabah bagi tahun 2012 mencapai keputusan seratus peratus lulus berbanding hanya 99.9 peratus lulus pada tahun 2011 dan 99.93 peratus pada tahun 2010.

Pada tahun 2012 seramai 4422 orang pelajar menduduki Ujian PKK sementara 4799 calon pada tahun 2011 dan 4117 calon pada tahun 2010.

Menteri  DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir mengumumkan keputusan UPKK 2012 itu di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah selepas majlis Seminar Pemurnian Aqidah 2012 di sini.

Nasir berkata,jumlah calon yang mendapat gred A bagi tahun ini seramai 1567 orang iaitu 35.4% berbanding tahun 2011 seramai 371 orang (7.7%) dan 277 orang (6.7%) bagi tahun 2010.

Sementara itu jumlah calon yang mendapat 8A seramai 811 orang(18.34%) berbanding tahun 2011 hanya 13 orang (0.3%) dan pada tahun 2010 seramai Sembilan orang (0.22%).

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, menjelaskan tiada calon mendapat 8D pada tahun 2012.

“Keputusan ini menunjukkan lonkakan peningkatan yang sangat besar telah dicapai oleh pelajar kelas KAFA,” kata Nasir.

Katanya, pada tahun 2011 seramai lima orang calon (0.1%)mendapat 8D atau status lulus tidak mencapai tahap diikuti seramai tiga orang(0.07%) pada tahun 2010.

Hadirsama sempena majlis pengumuman itu Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan  Kemajuan Teknologi Maklumat,Datuk Hjh Zainab Ahmad Ayed; Sahibus Samahah, Ustaz Haji Bungsu @Aziz Hj Jaafar; Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah merangkap Adun Sindumin, Ahmad Hj Bujang; Setiausaha Tetap KPLB, Datuk Gulam Jelani dan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Nizam Abu Bakar Titingan.

No comments:

Post a Comment