Sabahkinitv Production

Loading...

Saturday, December 8, 2012

WAKIL RAKYAT SEMPORNA BESI BURUK?






PEKA…..MDS harus peka dan pro-aktif mengatasi masalah sampah yang tiada kesudahannya.

OLEH SHAIMON S JUMADI

SEBAGAI destinasi pelancongan bertaraf dunia, Semporna berpotensi menarik lebih ramai pelancong jika ditadbir urus dengan baik kerana mempunyai aset pelancongan semula jadi yang hanya memerlukan sedikit 'Finishing Touch'; namun amat malang kerana kesemua Wakil Rakyatnya semakin 'antik' dan setaraf 'besi buruk'.

Masih banyak isu yang mencacatkan Semporna kerana setiap sudut dicemari dan dipenuhi sampah sarap yang tidak diurus dengan baik sekalipun Bangunan Majlis Daerah Semporna (MDS) tersergam megah dan mempunyai dana untuk mengurus sampah sarap.

Walaupun tanggung jawab menjaga  alam sekitar dan kebersihan terletak di bahu MDS sendiri dan beban menyelenggara jalan raya di bawah tanggungjawab syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri iaitu Kekal Mewah dan Globinaco; namun Semporna masih kotor dan kelihatan kotor.

Sebagai 'Pekan Palauh' yang berbau hancing dan beraroma kiangpau, pekan Semporna tidak dirancang dengan baik dan kelihatan lintang pukang dari udara; malah lanskapnya seperti hutan rimba selepas dibalak pembalak haram.

Senarionya saling tidak tumpah seperti Tawi-Tawi atau Sitangkai di Filipina kerana penyusunan gerai tidak teratur dan dipenuhi dengan penjaja haram yang gemar membuang sampah secara wewenang kerana Unit Penguatkuasa MDS 'kecut perut' untuk memberkas penjaja haram atau penjenayah alam sekitar.

Walaupun sudah lebih 49 tahun merdeka, namun Semporna masih belum mempunyai sistem pengangkutan awam yang mempunyai merit kerana dibanjiri oleh 'Kereta Sapu' atau 'Pirate'; menyebabkan pelancong sentiasa bimbang dengan keselamatan mereka kerana tidak dilindungi insuran kenderaan awam.




BERPOTENSI….Salah sebuah pulau di Semporna berpotensi jika dimajukan untuk tarikan pelancong.

Bagi penduduk Semporna yang majoritinya berasal daripada Selatan Filipina, kadar tambang kereta sapu tidak menjadi masalah; tetapi bagi orang luar sering kali ditipu. Sebagai contoh, kereta sapu hanya mengenakan tambang RM2 ke Kampung Innabah, tetapi bagi orang luar tambang dikenakan sebanyak RM8 hingga RM10.

Walaupun terdapat lima (5) buah pulau yang cantik selain Sipadan; iaitu Pulau Labuan Haji, Pulau Larapan, Pulau Bum Bum, Pulau Tandoaan dan Pulau Semandih; namun belum dimajukan kerana masalah prasarana dan sikap dungu para pemimpin Semporna yang kebanyakannya tinggal di Kota Kinabalu dan hanya sekali sekala pulang ke daerah 'Bog-bog' (semangat kesukuan yang erat) yang terpencil ini.

No comments:

Post a Comment