Sunday 2 December 2012

WAKIL SPNB TIDAK PEDULI MASALAH PENGHUNI





Saudara Pengarang,

SAYA salah seorang penduduk yang menginap di Apartment Tuaran Impian. Kami telah mengalami masalah putus bekalan air bermula kelmarin, 1  Disember 2012 (Sabtu). Apa yang sangat mengecewakan, saya telah menghubungi Wakil SPNB iaitu Azhari, namun telefon saya tidak disambut.

Saya telah membuat panggilan pada 1 Disember lebih kurang jam 8.15 malam, namun tiada jawapan. Saya juga telah menghantar SMS untuk bertanya status bekalan air, namun tiada respon langsung.

Pagi tadi, 2 Disember saya terus menerus menghubungi beliau, namun masih tidak menerima sebarang maklumbalas.  

Saya mewakili penduduk Apartment ini amat kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh wakil SPNB. Jika Azhari bukan lagi orang yang menjadi wakil SPNB, sepatutnya beliau memberikan maklumat nombor telefon orang yang sepatutnya bertanggung jawab ke atas apartment ini.

Sekian, Salam Hormat,

MOHD NAZIR AB MANAN

No comments:

Post a Comment