Friday 14 December 2012

WANITA CHINA SALAHGUNA PERMIT



Saudara Pengarang.

MAKLUMAT terbuka ini ditujukan kepada Jabatan imigresen Labuan dan Jabatan siasatan jenayah lPD Labuan agar mengambil tindakan tegas terhadap seorang wanita China, Miss Du Yan, nombor pasport G46483957 kerana menyalahguna permit kerja.

Untuk makluman, Wanita China ini masuk ke Kuching, Sarawak dari Negara Cina dan Pas kerjanya dijamin oleh seorang lelaki bernama Dr. Zhi Xiang beralamat di Tingkat 1 dan 2, Lot 7053, Section 64, Jalan Foo Chow, Kuching, Sarawak.

Wanita tersebut kini bekerja di Labuan 'WHEN KING REIDEOLOGY' yang terletak di tingkat bawah kedai kedai MJ Pub sebagai tukang urut dan menyewa sebuah bilik di Bangunan Utama Jaya, Ujong Pasir, Labuan.

Sehubungan itu, kami mendesak agar Jabatan Imigresen Labuan atau JSJ IPD Labuan mengambil tindakan segera kerana wanita tersebut telah menyalahgunakan pas kerja dia dan kedua pihak berkuasa harus membuat pemeriksaan rambang di semua pusat hiburan dan rumah urut di Labuan.

Wanita ini sudah lama bekerja di Labuan dan ini membuktikan kelemahan pihak berkuasa menjalankan tugas di Labuan.

Persoalan di sini ialah, adakah pihak berkuasa di Labuan tidak tahu langsung atau bersekongkol dengan tauke pusat hiburan dan rumah urut sehingga ramai wanita Filipina, Thailand dan Cina menyalahgunakan pas kerja.

Jika tidak, sila ambil tindakan segera dan kita akan salurkan lagi maklumat PATI dan GRO di surat kami yang akan datang.

Salam Hormat.

ANGRY BIRD LABUAN.

No comments:

Post a Comment