Monday 30 April 2012

SCHOOL BANS CAMPUS ROMANCE






A MIDDLE school in East China has issued a list of rules aimed at preventing puppy love among students. In a recent notice, Yueqing Yucai School in Zhejiang province banned youngsters of the opposite sex from talking alone in secluded areas, such as in dark corners or under trees, and from giving each other expensive gifts.

Holding hands, hugging and kissing are strictly forbidden, while boys and girls are not allowed to walk side by side on the playground.

"We hope all of our students can stay rational and restrained when it comes to adolescent love so that they can be entirely devoted to their studies," the notice read.

It warned that falling in love at an early age disrupts academic study, can cause physiological and psychological harm, and produces no result.

Any student found breaking the rules will be punished and their parents will be informed.

"Puppy love is more prevalent these days and it's hard to deal with," Li Chunlian, director of the school's general office, told China Daily.

"We hope these rules will prevent students from being engaging in it too early."

Most parents with children at the school are in support of the new rules, according to Li, who added that many had been calling for measures to prevent adolescent romances.

"We also asked students for suggestions before devising the rules," she said.

"Some said they began their relationship after strolling with a classmate on the playground, that's why we added it into the rules."

Xiong Bingqi, deputy director of the 21st Century Education Research Institute, a non-governmental policy research group, however, said schools should guide students' behaviour, instead of simply trying to pose restrictions on their activities. (China Daily)

TOPLESS MARILYN MONROE UP FOR AUCTION


 



A SET OF rare photographs of Marilyn Monroe, in which she posed topless, will be put up for auction. The pictures were taken by photographer Bert Stern in 1962 - six weeks before Monroe was found dead.

They are expected to fetch more than £15,000 (RM74,244) at an auction next month, Daily Mail reported.


In the photos, the iconic sex symbol is pictured playing with a see-through scarf and pouts and poses like the model professional that she was.



The original shots taken from the session - called The Last Sitting - are in huge demand across the world and were originally taken for Vogue magazine.

Monroe was found dead in bed at her home in California in August 1962. She was only 36.

The cause of death was recorded as acute barbiturate poisoning, resulting from a probable suicide. (Daily Mail)

BERSIH 3.0 DI KK TERKAWAL


 
 


SIDANG.....Hamza (kanan) bersama Ahmad Sofi semasa sidang media kelmarin.


Oleh : SITI AISYAH NARUDIN

WALAUPUN perhimpunan Bersih 3.0 yang dijalankan Sabtu lepas sedikit mengganggu program Bandar Selamat anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), namun ia masih terkawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, keadaan terbabit membuktikan peserta yang mengikuti perhimpunan Bersih akur dan menghormati arahan yang dikeluarkan pihak polis.

Bagaimanapun menurutnya, perhimpunan yang dibuat di kawasan Padang Merdeka itu sebenarnya tidak mendapat kebenaran.

Namun jelasnya, ia masih dapat dikawal dengan bantuan lebih kurang 150 anggota polis yang bertugas.

“Lokasi yang dicadangkan membuat perhimpunan Bersih adalah di Stadium Mini Putatan, namun peserta tetap berkeras untuk menjalankannya di Padang Merdeka.

“Ini yang menyebabkan program Bandar Selamat DBKK sedikit terganggu,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini kelmarin.

Beliau berkata, penganjuran program DBKK di kawasan itu juga bukan bertujuan menghalang perhimpunan Bersih 3.0.

Selain itu Hamza berkata, keadaan perhimpunan Bersih di sini berbeza dengan apa yang berlaku di Kuala Lumpur yang mana para peserta yang terlibat melakukan rusuhan.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada peserta Bersih di negeri ini yang memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Katanya, sempena dengan perhimpunan Bersih Sabtu lepas, seramai lebih kurang 500 orang peserta terlibat dengan perhimpunan berkenaan.

“Peserta mulai berhimpunan seawal jam 11 pagi dan bersurai lebih kurang jam 4.30 petang.

“Tidak ada perhimpunan dijalankan di kawasan lain melainkan di Tawau dan difahamkan, perhimpunan di sana juga berjalan dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata, perarakan dibuat daripada dua lokasi berbeza iaitu Asia City dan Suria Sabah. Mereka kemudiannya berkumpul di kawasan taman berdekatan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Hamza turut menjelaskan, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, mana-mana pihak dibolehkan menjalankan perhimpunan dengan mengikuti undang-undang yang ditetapkan.

Katanya, perhimpunan yang dijalankan mestilah mematuhi ketetapan undang-undang sedia ada tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria. (Utusan Borneo)

ABDUL RAHMAN BUN PATI?



JANGAN MIMPI…..Samsul  selar Abd Rahman Bun jangan mimpi mahu jadi calon BN di Sekong.

Oleh : SINGGIOK R ANTHONY

"JANGAN mimpi di siang hari untuk jadi calon BN/UMNO di DUN Sekong pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Bukan senang mahu jadi seorang pemimpin. Kalau diri sendiripun tidak boleh dipimpin, apa lagi mahu pimpin lebih 20,000 rakyat di kawasan Sekong."
Demikian kata seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Sapi merangkap Pemaju Mukim Sekong, Samsul Kelana Samli kepada Sabahkini.Net ketika diminta mengulas satu kenyataan bahawa Abdul Rahman Bun layak jadi Calon BN/UMNO Sekong pada PRU 13 nanti menggantikan penyandang, Datuk Samsudin Yahya.

Kata Samsul, seseorang yang kepingin menjadi calon BN/UMNO sekurang-kurangnya mempunyai perwatakan dan ciri-ciri  pemimpin; serta turut mempunyai aset sekurang-kurangnya mempunyai simpanan paling sikt RM300,000 dan bukan mengharap wang tajaan daripada parti.

Untuk makluman umum kata, Samsul semasa pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi pada tahun 2010, Abdul Rahman Bun telah membawa Datuk Yong Teck Lee mengadakan perjumpaan dengan rombongannya yang terdiri daripada para penyokong UMNO; konon-kononnya mereka mahu keluar daripada UMNO dan menyertai SAPP.

Namun niat jahatnya tidak sampai ke mana kerana pergerakannya telah diketahui oleh para pemimpin tertinggi UMNO. Atas maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO Batu Sapi, Abdul Rahman Bun kemudiannya menuntut sejumlah wang daripada jentera BN, jika tidak beliau akan meneruskan niatnya menyertai SAPP.

"Pemimpin yang mudah dijual beli seperti Abdul Raham Bun akan mencemarkan nama baik UMNO kerana orang seperti ini gila kuasa, gila duit dan itu saja yang ada didalam fikirannya.

Kata Samsul lagi, Abdul Rahman Bun gemar menyimpan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan kebanyakan para pengikutnya adalah bukan peduduk tulen Sekong; sebaliknya orang Filipina yang diberikan Kad Pengenalan projek.

Banyak lagi kelemahan-kelemahan yang terdapat pada dirinya (Abdul Rahman), kata Samsul terutama  cakap Bahasa Melayupun tidak fasih seperti 'pasal ikan' (pasar ikan), nasi sampul (nasi campur).

"Sebaiknya Cermin dulu diri. Jangan bak kata pepatah, hidung macam serobong kapal, wajah macam buntut kuali," kata Samsul lagi.

Tegas Samsul, 80 peratus para pengikut Abdul Rahman adalah pendatang asing (PATI) yang mendapat kad pengenalan projek H.035XXXX dan H055XXXXX; maka bagaimana boleh menjadi Wakil Rakyat untuk menggantikan Datuk Samsudin?

Andaikata Abdul Rahman ditakdirkan menjadi Wakil Rakyat atas tiket UMNO, maka kata Samsul sudah pastinya kaum kerabatnya yang terdiri daripada PATI diberikan Kad Pengenalan projek dan dilantik menjadi PKR, Ketua kampung, Pengerusi JKKK/JKDB, Ketua Anak Negeri, Pemaju Mukim, CDO dan sebagainya.

REALITI POLITIK, DEMOKRASI ATAU AUTHORITARIAN?





AGONG....Apa motif peserta Bersih 3.0 ini mengheret Agong ke jalan raya dan duduk di tangga Pusat Membeli Belah SOGO. Siapakah mereka sebenarnya? Patung atau domba yang sesat?

Oleh : MUTALIB M.D

BENARKAH Bersih 3.0 telah mencapai matlamatnya dengan kehadiran 100,000 orang di 11 buah bandar utama di Malaysia dan 72 buah negara di seluruh dunia? Matlamat apa yang dicapai jika Parlimen masih menjadi medan pertengkaran dan jalanraya menjadi 'Parlimen Rakyat' menyuarakan pandangan dengan alasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kotor dan tidak bersih?

Bersih 3.0 sebenarnya gagal kerana dibauri dengan insiden keganasan, sama ada di pihak polis atau peserta yang bertindak ganas akibat agitasi dan provokasi; lebih-lebih lagi telah menjahanamkan ekonomi Malaysia yang baru mula pulih selepas insiden keganasan Bersih 2.0.



AMAN....Jika peserta duduk secara aman tanpa bertindak liar merempuh kawalan keselamatan dan meroboh benteng yang dibina polis, sudah pasti misi perhimpunan aman Duduk Bantah mencapai sasaran.

Sistem pengangkutan lumpuh, peniaga rugi, pemandu teksi menyumpah seranah dan rakyat biasa disekat kebebasan kerana masih trauma dengan Bersih 2.0; tetapi terpaksa menggadai nyawa turun bekerja atau berniaga demi kelangsungan hidup.

Sebagai kerajaan yang dipilih melalui Pilihanraya, Kerajaan Barisan Nasional sudah pastikan tidak akan memenuhi tuntutan 'jadi-jadian' yang direka-reka oleh Bersih 3.0; sedangkan parti politik yang mempunyai wakil di Parlimen dan Dewan Negara telah gagal secara total melakukan sebarang perubahan, sekalipun mempunyai suara yang cukup besar; tetapi tidak ubah seperti guruh di langit, bunyi kuat tetapi tidak memberi sebarang kesan kepada manusia.

Sebagai pengundi, saya tidak nampak Bersih 3.0 meninggalkan sebarang kesan yang bermanfaat kepada manusia atau menjadi faktor pendesak kepada kerajaan; melainkan menjatuhkan imej negara yang sebelum ini aman makmur, bertukar menjadi huru-hara ketika Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 berlangsung.

Saya simpati melihat Peserta Bersih 3.0 yang menjadi 'Punching Bag' Polis dan menjalani 'Ujian Pernafasan' ketika disiram air berubat dan disembur gas pemedih mata, sehingga kanak-kanak kecil dan wanita yang dijadikan 'perisai' turut menderita; ada yang pengsan dan cedera parah.

Saya rasa ada eloknya kita menonton beberapa Videoklip ini sekadar untuk renungan dan pertimbangan kita kerana kesalahan peribadi anggota polis adalah isu lain yang boleh diambil tindakan berasingan, namun perlu dilihat dalam perspektif yang berbeza.













Dalam hal ini saya tidak menyalahkan Polis yang menjalankan tugas membendung rusuhan dan mencegah keganasan disebabkan saya melihat peserta seolah-olah dipukau untuk merusuh sebelum polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata; malah peserta Bersih 3.0 yakin dengan memakan garam berjaya mengurangkan bisa gas pemedih mata yang memasuki rongga hidung dan kerongkong mereka; namun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing.




GANAS....Mungkin ramai pihak menganggap insiden ini ganas tetapi siapa yang memulakan keganasan? Polis mempunyai SOP sendiri untuk melerai rusuhan dan belantan adalah asam garam rusuhan.

Nampaknya mereka tidak terlatih menghadapi risiko dan bagaikan lembu keluar kandang ketika dihamnbat dengan gas pemedih mata, belantan, sepak terajang dan pelbagai tindakan polis untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang merusuh; bukannya peserta perhimpunan aman.

Jika mereka berani dan terlatih, mereka tidak berganjak daripada kawasan perhimpunan sekalipun diasak dengan gas pemedih mata dan tidak merusuh dengan melakukan vandalisme dan keganasan yang di luar pertimbangan akal sehingga menjahanamkan ekonomi negara.

Ternyata Bersih 3.0 menjadikan rakyat sebagai korban sedangkan matlamat asal perjuangan tidak tercapai kerana dilakukan secara tergopoh-gapah dan tidak terancang; apatah lagi rakyat tidak sedar hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan

Trauma Rusuhan 1986 di Sabah kembali mengimbau setelah melihat beberapa orang peserta Bersih 3.0 yang kerasukan bertindak mania menyerang dan menterbalikkan kereta peronda polis di hadapan Sogo, memecahkan cermin kereta VIP yang hanya lalu di kawasan Masjid Jamek dan merosakkan motorsikal dan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

Pada Rusuhan 1986, PATI yang diupah pemimpin Sabah yang rakus kuasa telah menterbalikkan lebih sepuluh buah kereta dan membakar kereta berkenaan di Gudang Karamunsing, namun tidak pasti adakah PATI, terutama yang telah mendapat MyKad turut terlibat dalam Bersih 3.0?

Ketika membeli kuih muih untuk minum petang di Pasar Sabtu Masjid India, ramai peniaga dan pengunjung bertempiaran lari kerana tidak tahan dengan penangan gas pemedih mata yang dilepaskan polis di kawasan Masjid Jamek. Sekalipun hanya sisa gas dibawa angin, tetapi pedihnya tidak terkata; apatah lagi bagi mereka yang terkena gas berkenaan secara langsung.

Namun agak malang, Penganjur Bersih 3.0, Dato' Ambiga Srevasanan dengan nada sombong menafikan pihaknya yang memulakan keganasan kerana ketika beliau meninggalkan arena, keadaan masih aman; tetapi senario berikutnya menepati amaran Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz yang mengatakan bahawa penganjur tidak akan bertanggung jawab terhadap peserta yang cedera dan ditangkap; sebaliknya akan menyalahkan kerajaan.



PALSU.....Tidak tahu apa motif media pro pembangkang menyiarkan gambar photoshop ini bagi membangkitkan semangat peserta sedangkan senario sebenar mereka tidak sempat berfikir bahawa gagal menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka yang dikawal ketat.



TULEN.....Gambar yang dipetik daripada Al-Jazeera membuktikan gambar di atas palsu kerana kelihatan jelas Dataran Merdeka kosong dan peserta hanya berhimpun di bawah laluan LRT.

Media pro-Ambiga juga meletakkan negara diambang bahaya apabila menyiarkan gambar yang diubahsuai seolah-olah Dataran Merdeka telah ditawan oleh Bersih 3.0 sedangkan semua peserta gagal menghampiri Dataran Merdeka kerana dikawal ketat polis. Buktinya laporan Al-Jazeera menunjukkan imej dan keadaan sebenar di Dataran Merdeka sekalipun laporan mereka agak berat sebelah.

Saya bukan tidak bersetuju dengan Bersih 3.0, tetapi biarlah menepati Akta Perhimpunan Aman (APA) seperti yang berlaku di Sabah. Kerajaan telah memberikan ruang yang cukup besar kepada Peserta Bersih kerana saya berada di lokasi berhampiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Menara KLCC dan Masjid Jamek sejak jam 9.00 pagi melihat peserta duduk dan berhimpun secara aman sehingga jam 3.30 petang.

Tetapi pemimpin pembangkang mengambil kesempatan membuat ucapan dan mengapi-apikan peserta sedangkan tujuan asal mereka ialah 'Duduk dan Bantah'; bahkan mengikut undang-undang, mereka boleh ditangkap dan didakwa kerana telah melakukan perhimpunan haram dan bukannya berhimpun secara aman.

Tidak cukup dengan itu, peserta Bersih 3.0 turut 'menghina' DYMM Yang Dipertuan Agong dengan membawa poster Baginda dan Permaisuri berarak dijalanan tanpa sebarang motif yang pasti kerana kebanyakan mereka berketurunan Tiong Hua sedangkan kaum Melayu yang menjadi majoriti peserta Bersih 3.0 pula membawa kayu, batu dan apa sahaja yang boleh dicapai tangan sebagai senjata untuk merusuh.

Saya berpendapat Bersih saling tidak tumpah seperti Festival San Fermin atau Larian Lembu Jantan yang diadakan setiap tahun di antara 7 hingga 14 Julai di Pamplona, Sepanyol. Festival ini adalah pesta larian sekumpulan lembu jantan yang dihalang oleh orang ramai. Orang ramai berpakaian serba putih dan skaf berwarna merah diikat di leher berkumpul di Plaza del Ayuntamiento.




GILA.....Mungkinkah kerja gila budaya Larian Lembu Jantan di Pamplona ini cuba diserap oleh peserta Bersih 3.0?

Pesta ini bermula jam 8.00 pagi dengan Datuk Bandar melepaskan tembakan mercun pertama, enam ekor lembu jantan dari ladang Miura akan dilepaskan dan berlari di lorong yang dipenuhi oleh orang ramai. Walaupun ramai pelari cedera ditanduk dan ada yang meninggal dunia, namun pesta ini terus disambut setiap tahun.

Adat perhimpunan aman atau haram, di mana-mana negara sekalipun melainkan Sabah, sudah pastinya ada yang cedera parah, dipukul, terpukul atau dizalimi; namun hanya dianggap sebagai kes terpencil kerana majoriti tidak mengalami sebarang kecederaan, melainkan yang menunjukkan kebodohan luar biasa menyerang atau memaki hamun anggota polis.



BERBISIK .....Najib dilihat berbisik kepada Wartawan The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul 10 anggota polis ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur, kelmarin.

Sebelum ini, Penganjur Bersih 2.0 dan 3.0, Dato' Ambiga Sreevanasan berkata, "We want a clean and fair 13th general election. Nothing more nothing less"

"We believe, actually, that if at all there are to be change in government, etc it will be done through the ballot box. That's how we want to do it. That's why we want clean and fair elections," tambahnya seperti yang disiarkan melalui Videoklip bertajuk 'Suara Bersih-Dato' Ambiga'


Manakala Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said selaku Pengerusi Bersama Bersih 3.0 pula dengan bangganya menyeru, "Ayuh bersama saya di Dataran Merdeka pada 28 April. Bersama dengan rakyat yang berjuang. Ayuh jadilah sebahagian daripada sejarah!"



SEJARAH.....Apakah Pak Samad dan Ambiga akan tercatat dalam sejarah sebagai Pejuang Demokrasi seangkatan dengan Aung San Suu Kyi?

Persoalannya, 'sejarah' apa yang dimaksudkan oleh Pak Samad sedangkan beliau bukanlah Presiden Parti atau Ahli Politik, bukan siapa-siapa yang mempunyai locus-standi; melainkan 'Sasterawan' yang terbilang tetapi terbuang yang dijadikan keldai politik!

Sayang seribu kali sayang, Pak Samad yang sepatutnya menghabiskan sisa-sisa usianya dengan menulis wasiat (Buku) untuk anak cucu yang bakal ditinggalkannya, memilih berjuang di jalanan dan menjadi 'Lidah Rasmi' Bersih 3.0.

Pak Samad dan Ambiga sewajarnya belajar daripada kegagalan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 dan menjadikan Bersih 3.0 sebagai 'Sijil Penamat' mereka melakukan perubahan politik kerana mereka bukan ahli politik; sebaliknya mula memikirkan ke mana mereka selepas ini jika Bersih 3.0 tidak memberikan sebarang kesan kepada Kerajaan Barisan Nasional; sekalipun ternyata perjuangan sia-sia Ambiga didukung Amerika Syarikat (NED) yang didalangi Yahudi.

Saya masih ingat pada 1999, selepas Hakim Mohd Kamil Awang memutuskan bahawa Pilihanraya DUN Likas tidak sah, saya yang ketika itu menjadi salah seorang saksi dan buku saya IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah diterima sebagai bahan bukti dalam Petisyen Pilihanraya berkenaan; saya telah menghasilkan sebuah buku lagi bertajuk 'Pengundi Untuk Disewa'.

Amat malang kerana buku ‘Pengundi Untuk Disewa’ (Voters For Hire) dalam bentuk versi majalah setebal 132 muka surat termasuk kulit, telah diharamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad (Tun) untuk satu tempoh yang agak lama.


TINDAK....SPR telah bertindak membersihkan Data SPR selepas buku Pengundi Untuk Disewa dijual kepada umum.

Saya dimaklumkan bahawa pengharaman tersebut bukan kerana isi kandungannya, tetapi kerana kulit luarnya yang memetik kenyataan Dr Mahathir kepada Wartawan Australia, Bob Reece yang berbunyi;

“Why not call a spade a spade? Why not say bravely that the people of Malaysia are too immature for a workable democracy? Why not say that we need some form of the authoritarian rule? We are doing that anyway and it looks as if we are going to do that for a very time to come.... Authoritarian rule can at least produce a stable strong government....We must accept that there is not going to be a democracy in Malaysia; there never was and there never will be."

Saya rugi besar kerana buku tersebut tidak dapat dijual melainkan jika saya mahu menukar kulitnya dan pihak SB menggertak penjual buku agar jangan menjual buku berkenaan, sedangkan harganya mampu dibeli semua rakyat Sabah, RM10 senaskhah.

Buku tersebut mendedahkan pelbagai ‘Dosa’ dan ‘Modus Operandi’ SPR termasuklah senarai terperinci pengundi hantu dan seangkatan dengannya, namun hanya selepas pilihanraya berlalu dan rayuan saya diterima melalui kerjasama media Australia yang memberikan saya salinan rakaman wawancara Bob Reece dengan Dr Mahathir; barulah buku berkenaan dapat dijual sebagai 'Surat Khabar Lama'.

Selepas buku ‘Pengundi Untuk Disewa’ dibenarkan dijual kepada umum, SPR telah mengambil tindakan drastik membersih daftar pemilih kerana sejak 2004, tidak lagi kedengaran nama pemilih bertindih; namun kembali lagi bergema pada 2008-2010 dalam siri pilihanraya kecil dan Pilihanraya Umum DUN Sarawak.

Mungkin saya agak beruntung kerana tidak perlu disiram air berubat atau ditembak gas pemedih mata untuk memperjuangkan isu pengundi hantu dan seangkatan dengan apa yang dinyatakan Bersih 3.0 disebabkan SPR tunduk kepada desakan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ketika itu lantang memperjuangkan isu yang didedahkan dalam buku saya, juga tanpa perhimpunan atau rusuhan.


MEMO....Memorandum ini telah berjaya diserahkan sendiri ketangan Mantan Perdana Menteri, Mantan DYMM Yang DiPertuan Agong dan Ketua Menteri Sabah tanpa menumpahkan setitis darah.

Ketika itu, saya berjuang secara berseorangan, tanpa modal, tanpa sokongan; tidak seperti Ambiga dan Pak Samad yang disokong ratusan ribu warga Malaysia di seluruh dunia dengan bantuan dana daripada NED; sekalipun tidak sampai kepada kumpulan sasaran.

Persoalan yang menarik untuk dibincangkan ialah pandangan Mahathir berhubung demokrasi dan sehingga ke hari ini, Mahathir tidak percaya fahaman Demokrasi mampu mengubah rakyat Malaysia yang sejak berzaman selesa dengan Konsep Authoritarian.

Bagi Mahathir, Demokrasi tidak wujud di Malaysia, tidak akan dan tidak mungkin wujud sampai bila-bila disebabkan rakyat Malaysia belum matang untuk menerima demokrasi?

Transformasi politik yang dibawa Najib memberi terlalu banyak ruang dan kebebasan kepada rakyat Malaysia, khususnya Ketua Pembangkang untuk membenteng Transformasi melalui 'Reformasi Politik Jalanan' kerana disukai rakyat yang sukakan kebebasan total.

Pepatah Melayu ada menyebut, jangan terlalu bebas, nanti terbabas. Bagi mengatasi masalah rakyat Malaysia yang terbabas daripada landasan politik Demokrasi Berperlembagaan, Najib perlu menjurutera semula kerangka politik negara yang hampir tumbang menyembah bumi kerana Dasar Liberal, Kronisme dan Nepotisme Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa padah kepada Barisan Nasional.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman telah membuka ruang yang teramat luas kepada pembangkang untuk memanipulasi rakyat ketika polis masih terpinga-pinga untuk mentafsir APA.

Memandangkan 99.99 peratus Kabinet Najib adalah 'Besi Buruk' warisan Mahathir dan Pak Lah, maka Najib seperti 'Lokomotif Baru' tetapi menarik 'Gerabak Usang' yang tidak lagi efektif; tidak akan mampu melakukan Pelan Transformasi secara bersendirian.

'Gerabak Usang' inilah yang sering mengganggu Najib melakukan Transformasi Politik, Ekonomi, Sosial dan Antarabangsa secara Glokal sekalipun dimantapkan dengan NKRA, NKEA, GTP, ETP, RTP dan pelbagai istilah yang mendahului zaman bagi rakyat Malaysia yang masih didodoi subsidi; sehingga isu remeh temeh seperti PTPTN dan NFC berjaya didodoikan sebagai Agenda Nasional.

Najib wajib menilai semula keluhuran, ketelusan, ketulusan dan keikhlasan beliau bagi mengatasi masalah 'Kepandiran' Kabinet Malaysia dan 222 Ahli Parlimen dan 65 Ahli Dewan Negara yang gagal secara total memanfaatkan fungsi Parlimen dan Dewan Negara sebagai institusi penggubal undang-undang yang berintegriti.

Jika Najib hanyut oleh janji lunak yang dianyam secara palsu oleh pemimpin Barisan Nasional, Menteri Kabinet dan Ketua Jabatan yang menjadikan rasuah dan salahguna kuasa sebagai budaya hidup, maka Najib terpaksa melalui laluan yang sukar menghadapi PRU-13 kerana lebih ramai pemimpin akan menanti peluang dan secara bersindiket melakukan 'Coup-de-taat' (Rampasan Kuasa) selepas PRU-13; mengulangi 'Badi Pak Lah'! Semoga insiden ini tidak berulang.


RAMPASAN.....Bolehkah rampasan kuasa jalanan berlaku di Malaysia jika majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong Bersih yang dianggap sebagai perjuangan sia-sia?

Najib perlu lebih tegas tetapi mesra dan mengkaji semula kenyataan yang dikeluarkan Tun Mahathir kerana memang diakui 'Authoritarian Rule' adalah yang terbaik untuk Malaysia kerana kata-kata Perdana Menteri adalah Undang-Undang di Malaysia. Jika tidak, golongan pencacai dan pembodek tidak akan berjaya melakukan visi dan misi memperkayakan diri dan terus mendominasi politik Malaysia sejak sebelum dan selepas Pasca Kemerdekaan lagi.

Di manakah letaknya Malaysia jika Polis dijadikan sasaran melampiaskan kemarahan peserta demonstrasi dan pemimpin pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan yang memerintah tidak menggunakan pilihanraya sebagai cara bermaruah; sebaliknya menuding jari kepada SPR yang disifatkan sebagai kotor sedangkan majoriti kawasan pilihanraya; rakyat yang turun membuang undi tidak sampai 60 peratus.

Walaupun saya tidak mempunyai penyokong untuk mengadakan perhimpunan aman seperti Bersih 3.0, tetapi demonstrasi mental yang saya lakukan bersama Datuk Patrick Sindu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menemui Mantan Perdana Menteri, Mantan Agong, Ketua Menteri Sabah dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti telah membuahkan hasil yang diharapkan tanpa perlu menumpahkan walau setitik darah.

Persoalan yang perlu kita fikirkan, kenapa harus menangkap angin dengan garfu untuk membuat hujan sedangkan air mineral hanya berharga 50 sen sebotol?