KOTA KINABALU : Lima projek
utama Petronas di Sabah, yang diumumkan pada 2011, akan mula beroperasi tahun
ini, menandakan satu lagi kejayaan penting bagi industri minyak dan gas negeri.
Projek-projek itu ialah
Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP),
Stesen Janakuasa Kimanis (KPP), Pusat latihan Petroleum Kimanis (KTC), dan
pembangunan huluan Bukan Berkaitan Gas Kinabalu (NAG).
Pengerusi Petronas bagi
Sabah dan Labuan, Joseph Podtung (kiri), memberitahu pemberita Sabah pada Khamis
projek-projek tersebut berjalan dengan lancar, mencapai sasaran dalam
pelaksanaan masing-masing.
"Projek-projek ini,
kebanyakannya bertaraf dunia, merupakan sebahagian daripada rancangan
keseluruhan Petronas untuk mengoptimumkan nilai sumber minyak dan gas yang
ditemui di luar pesisir pantai Sabah," katanya.
Petronas pada 2011
mengumumkan pelbagai projek, huluan dan juga hiliran, melibatkan gabungan
perbelanjaan modal sebanyak RM45 bilion. Pelan ini juga termasuk Loji Urea
Ammonia Sabah (SAMUR) di Sipitang dan Terminal Pengegasan Semula Lahad Datu. (Bernama)
No comments:
Post a Comment