Wednesday 16 January 2013

68 KELUARGA DI KLIAS DAPAT 1MDB






SERAH.....Azizah menyerahkan penyerahan surat kelulusan bantunan pembaikan rumah Yayasan 1MDB kepada seorang warga di Balai Wanita Kg Limbawang Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Seramai 68 keluarga di kawasan Dun Klias dapat menjalani kehidupan lebih selesa apabila rumah kediaman mereka dibaiki pulih dalam masa terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun berkata bantuan itu dsalurkan melalui peruntukan Yayasan Pembangunan 1 Malaysia Berhad (1MDB) yang memperuntukkan kos pembaikan antara RM2,000 hingga RM5,000 bagi sebuah rumah.

Beliau memberitahu perkara itu pada majlis penyerahan surat kelulusan pembaikan rumah kepada penduduk yang layak menerima bantuan itu di Balai Wanita Kg Limbawang di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Daerah, OKK Wong Sameh; Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort, Zainal Jilon; Pegawai Pembangunan Masyarakat, Sabdin Maruf dan pemimpin masyarakat.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata bantuan itu merupakan satu lagi usaha pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional dalam usaha berterusan membela rakyat negara ini.

Beliau berkata, banyak peruntukkan pembaikan rumah penduduk yang telah disalurkan ke kawasan Dun Klias dari pelbagai pihak dan ianya telah dilaksanakan.

“Dulu lebih 100 rumah kita dapat baiki melalui program kejasama dengan bank, 48 rumah melalui peruntukan Sentuhan kasih dan 100 buah lagi dilaksanakan oleh FELCRA selain bantuan berterusan daripada peruntukan Adun, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB),” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru agar rakyat bersyukur dan terus memberi sokongan kepada BN demi pembangunan berterusan yang sekian lama dinikmati rakyat negara ini.

“Kita perlu bersyukur kerana mempunyai pemimpin dan kerajaan yang baik. Dan kita juga harus berterima kasih kepada kerajaan. Kerajaan yang baik tidak perlu ditukar yang kita mahu tukar ialah pemimpin yang belot dan tidak bekerja dengan baik,” katanya.

Exco Wanita Umno Malaysia itu juga mengingatkan penduduk agar tidak tertipu dengan janji-janji pihak pembangkang kerana janji itu palsu sebagaimana yang telah terbukti di negeri-negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.

No comments:

Post a Comment