Saturday 19 January 2013

BELIA PENENTU MASA DEPAN NEGARA






RAPAT..... Hubungan rapat antara pemimpin dan belia mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk belia melahirkan aspirasi mereka agar dapat difahami oleh pemimpin.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
         
BEAUFORT : Menteri Pemabangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan bahawa rakyat akan kehilangan nikmat yang dikecapi sejak sekian lama sekiranya generasi muda hari ini tidak bijak memilih pemimpin.

“Kesejahteraan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini akan lenyap sekiranya genarsi muda hari ini tersalah memilih pemimpin. Kebijaksanaan generasi muda memilih pemimpin untuk mentadbir negara ini akan memastikan masa depan yang cerah.

“Justeru itu para belia mestilah bijak dalam menentukan masa depan mereka dan generasi akan datang. Pilihlh pemimpin yang bekerja untuk membela dan menjaga masa dpn rkyat. Anak muda adalah penentu masa depan. Kalau tersalah pilih, masa depan negara bangsa akan malap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perlumpaan dengan Kor Belia Kampung Lajau Lubak di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Kor Belia kawasan Dun Klias, Zainal Jilun; Pengerusi JKKK, Kg Lajau Matlani Ukal; Pengerusi Persatuan Belia Anak Beaufort, Zulkarnain Abdullah; Pengerusi Kor Belia Kg Lajau, Mohd Shahreen Ismail dan pemimpin masyarakat setempat.

Azizah yang juga Adun Klias berkata beliau yakin dan prcya bahawa anak muda di sini bijak untuk menilai pemimpin yang benar-benar berjuang membela rakyat.

“Saya yakin anak muda kita di Dun Klias ini pandai dan bijak brrfikir. Kerana itulah juga Kor Belia ini boleh menjadi jentera yang paling penting untuk mengajak dan memberi kesedaran kepada anak muda yang lain agar tidak terpedaya dengen tipu helah pihak-pihak yang mahu meracuni pemikiran rakyat.

“Saya menyeru agar belia segera bangkit untuk menghalang mereka yang mahu menggadaikan masa depan negera. Suatu hari nnti kamu akan ingat di sinilh titik prmulaan prrjuangan kamu,” katanya sambil mengajak ibu bapa memberi sokogan moral kepada belia.

Sementara itu Mohd Shahreen dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada Azizah yang telah memberi ruang kepada belia kampung itu merapatkan hubungan dengan pemimpin.

Katanya, program seumpama itu mampu mewujudkan kerjasama erat dengan pemimpin dan beliau berjanji akan meningkatkan usaha dan komitmen untuk kebaikan belia.

No comments:

Post a Comment