Friday 18 January 2013

BIODATA SEORANG PATI : ABDUL B. AYUL






BERIKUT adalah kisah benar yang diceritakan oleh Abdul B Ayul semasa perbicaraan terbuka RCI Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebentar tadi.

ABDUL telah lahir di Basilan Jolo dan pada 1980. Dia telah lari ke Sabah melalui Zamboanga kemudian Cagayan dan mendarat di Tanah Merah Sandakan.

Selepas sebulan, beliau ke Sembulan dan kini di pusat penempatan Kinarut.

Pada akhir tahun 1981, emaknya kembali ke Basilan. Selama tempoh tersebut beliau bekerja sebagai pembina bangunan.

Pada tahun 1997 beliau telah mendapatkan IMM13 melalui banci imigresen di Penampang. Borang pula diisi di dewan yang terletak di Tanjung Aru.

Kini beliau sedang memohon kad pengenalan. Abdul B Ayul sekarang adalah Pengerusi Kebajikan Pusat Penempatan Kinarut.

Beliau memaklumkan semua penghuni adalah pendatang dari Filipina dan kebanyakkannya sudah mempunyai kad pengenalan.

Di Pusat itu sekarang lebih kurang 7,000 orang dengan keluasan lebih kurang 10 ekar.
Ramai daripada generasi baru sudah bekerja dalam kerajaan sebagai askar dan cikgu. Masalah sosial yang utama ialah syabu.

Sebelum beredar beliau berterus terang yang ayahnya adalah seorang pejuang MORO. (APS Media)

No comments:

Post a Comment