Wednesday 23 January 2013

BN AKAN CAPAI KEMENANGAN CEMERLANG






PERSIAPAN....Dato Sri Nasir (tiga kiri) berbincang sesuatu dengan KPDM Zon Tagasan, Abd Razak Tampi (dua kanan) sambil disaksikan Ketua Kampung Damai, Sumantri Rusmani (dua kiri) dan Marasun Hassin (kanan) sempena lawatan dan tinjauan ke PDM Zon Tagasan di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA : Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, yakin Barisan Nasional akan mencapai kemenangan cemerlang menjelang  PRU-13 akan datang.

Sehubungan itu, beliau meminta semua Ketua Pusat Daerah Mengundi  memperkemas jentera pilihanraya dan mengenal pasti semua pengundi di cawangan bagi memudahkan semua pengundi turun membuang undi  semasa pilihanraya kelak; serta sebagai persiapan rapi menghadapi Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) yang semakin dekat.

Katanya, setiap undi itu menentukan kemenangan sesebuah parti yang bertanding semasa pilihanraya dan setiap rakyat harus menunaikan tanggungjawab mereka sebagai  warganegara setiap lima tahun.

Nasir berkata demikian sempena melakukan lawatan ke tiga Pusat Daerah Mengundi di sini termasuk PDM Zon SK Pekan Semporna, PDM Zon Tampi-Tampi dan PDM Zon Tagasan.
Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin UKPR Dun Senallang, Haji tahir Amir; Ketua  Daerah Semporna, OKK Musa Sabaani; Pegawai Perhubungan ADUN Senalang, Haji Zainal Jalaludin serta kakitangan Adun Senallang dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (Addo), Abdullah Sukka.

Nasir yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, menasihatkan rakyat di kawasan Semporna tidak terpedaya serta jangan terikut-ikut dengan propaganda yang dimainkan pihak pembangkang yang hanya tahu menabur janji  dan menabur fitnah terhadap kerajaan BN yang cukup prihatin kepada segenap lapisan rakyat Negara ini.

Sempena ketiga-tiga lawatan ke PDM itu Dato Sri Nasir diberikan taklimat oleh ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (KPDM) SK Pekan Semporna; Tampi-Tampi dan KPDM Zon Tagasan.

No comments:

Post a Comment