Wednesday 23 January 2013

BOLEHKAH KAUM TIONG HUA TERIMA BN?






Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada satu gambar foto pelancaran Jentera Pilihanraya BN Tuaran di Tamparuli oleh Datuk Hajiji Noor, persoalan yang mengejutkan masyarakat Cina di Tuaran ialah seorang yang bernama Chua Seng Kiat, iaitu Ketua MCA Tuaran; yang kononnya sama-sama bergambar dengan Datuk Hajiji dan para pemimpin BN Tuaran.

Akan tetapi bolehkah Chua Seng Kiat memberi keyakinan pada masyarakat Cina Tuaran agar menyokong BN, sedangkan beliau hanya seorang yang baru belajar politik dan tiada kewibawaan, tiada taraf serta tidak disukai oleh masyarakat Cina Tuaran.

Sangat menghairankan kerana Chua Seng Kiat yang mempunyai niat udang sebalik batu dengan mengunakan MCA untuk menonjolkan dirinya, sedangkan masyarakat Cina di Tuaran sememangnya tidak menyukai orang ini kerana terlalu menunjuk-nunjuk.

Kita ingin bertanya berapa ahli MCA yang ada di Tuaran  sehinggga BN begitu pentingkan orang ini? Apakah sumbangan yang telah beliau berikan di Tuaran? Sebaliknya parti lain seperti LDP, Gerakan tidak pun di jemput.

Jika BN Tuaran terutamanya Datuk Hajiji Noor dan Datuk Jahid Jahim ingin melihat masyarakat Cina Tuaran tidak beralih angin kepada PR kali ini di Tuaran, maka adalah sewajarnya orang yang bernama Chua Seng Kiat ini diabaikan dalam kempen untuk menawan hati masyarakat Cina Tuaran.

Salam Hormat,

ROGER CHONG MING SIONG

No comments:

Post a Comment