Saudara Pengarang,
SUKACITA saya ingin merujuk
kepada artikel yang bertajuk 'Masih Ada Rakyat Yang Merempat' di Sabahkini.net.
Sebagai penduduk Kg Kukut Beaufort saya terpaksa menjelaskan beberapa kenyataan
yang tidak logik kerana mempersalahkan secara total Ahli Parlimen Beaufort, Datuk
Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin.
Semua orang sedia maklum,
bahawa Lajim bukan lagi Wakil Rakyat BN. Sehubungan itu amatlah tidak wajar
jika hanya Lajim yang dipersalahkan sedangkan DUN Klias diwakili oleh seorang
menteri Kabinet yang memegang potfolio Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal
Pengguna Negeri Sabah.
Oleh itu, masyarakat Kg
Kukut amat tidak senang dengan kenyataan ini kerana ini sekali gus
menggambarkan bahawa kami mundur dan tidak berperi kemanusiaan.
Untuk makluman semua,
masyarakat Kg Kukut semakin maju selama Lajim menjadi Wakil Rakyat. Pelbagai
pembangunan telah dibawa oleh Lajim di Kg Kukut.
Maka amatlah tidak wajar jika
pengadu, Laimin Suganding meletakkan segala masalah yang beliau hadapi di atas
batu jemala Lajim semata-mata.
Selama satu penggal Datuk
Hajjah Azizah Mohd Dun menjadi Adun Klias, pembangunan di Kg Kukut yang
diperjuangkannya amat tipis dan seolah-olah dipinggirkan sama sekali.
Berbalik kepada soal rumah PPRT
yang dipohon oleh Laimin itu sewajarnya diajukan kepada Azizah dan bukannya
kepada Lajim. Jadi di manakah logiknya mempersalahkan Lajim?
Menurut artikel tersebut
juga, beliau merupakan pengundi Libaran dan untuk makluman semua, Laimin kini
telah berpindah ke Lawas, Sarawak.
Sebelum ini, Laimin pernah
menyerahkan anaknya untuk 'dijual' dengan harga sebuah rumah kediaman dengan
penduduk sekitar dan akibat tuntutan melampau itu, mereka telah menyerahkan
anak tersebut kepada seorang peniaga Cina di Lawas dan mereka berpindah ke Lawas
beberapa minggu yang lalu.
Untuk makluman juga, mereka
tinggal di gerai itu pada mulanya hanyalah untuk berniaga, tapi akibat
pertengkaran dengan keluarga isteri, maka mereka sendiri yang bertindak
demikian walhal keluarga mereka telah mendapat bantuan rumah PPRT di belakang
rumah Lajim.
Salam Hormat,
ROZLAN ABI
No comments:
Post a Comment