PALESTINE.....Mungkinkah kanak-kanak yang tidak berdosa ini akan menjadi rakyat Palestine jika terpaksa turut sama berjuang dengan ibu bapa mereka menentang kezaliman kerajaan?
Oleh : GALUS AHTOI
KELMARIN, 11 Januari 2013,
seorang penduduk dari Kg. Mangkadait Ranau telah ditangkap Polis Daerah Ranau
kerana usaha dan keberanian mereka mempertahankan hak kehidupan mereka di atas
Tanah Adat (NCR) di Kg. Mangkadait, Ranau.
Cyprian Rustin, No. KP
920701-12-7277 masih lagi dalam tahanan Polis di Balai Polis Ranau sejak
kelmarin. Difahamkan seorang lagi penduduk kampung sedang dicari oleh pihak
Polis.
Pihak Syarikat Damai
Plantation Sdn. Bhd yang dikatakan telah mendapat/membeli geran tanah
(Kerajaan/JTU telah mengeluarkan geran tanah di kawasan Tanah Adat kampung kepada
orang luar yang kemudiannya menjual tanah tersebut) telah membuat laporan Polis
setelah pihak kampung membuat benteng jalanraya bagi mempertahankan tanah adat
mereka daripada diceroboh.
Kes rampasan tanah ini sudah
lama dan masih menunggu tindakan pihak JTU Daerah Ranau untuk mengadakan satu
Siasatan Awam berkenaan Kewujudan Tanah Adat selaras dengan Seksyen 13, 14, 15
dan Bahagian IV dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68...
Anehnya, banyak laporan
Polis telah dibuat oleh pihak penduduk Kg. Mangkadait, Ranau tetapi akhirnya
laporan Polis oleh pihak 'penceroboh' yang lebih diutamakan.
Pihak kampung sendiri telah
membuat laporan Polis kelmarin di Balai Polis Ranau melalui No.report :
RANAU/000118/13 dan hari ini satu rombongan penduduk kampung sedang berada di
kawasan Balai Polis Ranau untuk memberi sokongan kepada rakan mereka yang masih
dalam tahanan pihak Polis.
Sahabat-sahabat seperjuangan
di sekitar Ranau, sokongan kalian adalah penting! Hari ini, kampung ini menjadi
mangsa, esok atau tahun akan datang, mungkin giliran kampung anda menjadi
mangsa!
CUKUP! Satukan Perjuangan di
Tahun Perubahan ini!
No comments:
Post a Comment