Sunday 13 January 2013

CAPS SEDIA BANTU FAILKAN SAMAN KE TRIBUNAL






CURI AIR...Jangan Salahkan penduduk Taman Mesra jika mencuri air daripada pili bomba.

Oleh: CLERENCE K MAJUMAL

MASUK hari yang ke 10 pada hari ini, 2,000 penduduk Taman Mesra Sandakan masih menanti dengan penuh jerih dan gelisah kerana tidak ada seorangpun pemimpin BN hadir membantu mereka yang telah diputuskan bekalan air tanpa alasan yang munasabah.

Pengerusi Perlindungan Pengguna Sabah (CAPS),  Bahagian Sandakan Hj Mohd Ali menyifatkan perbuatan MPS dan Jabatan Air memutuskan bekalan air tanpa alasan munasabah sebagai sabotaj dan menggagalkan Gagasan 1Malaysia yang memastikan semua janji ditepati.

"Tidak pernah terjadi dalam sejarah tindakan begini kejam dilakukan Jabatan Air dan MPS selaku pemilik premis memotong bekalan tanpa sebab. Jika ada masalah, bekalan alternatif hendaklah diberikan, umpamanya menghantar melalui lori tangki," ujar Ali yang kesal dengan amalan yang tidak cekap ini.

Tegas Ali, pilih bomba tidak sesuai untuk kegunaan manusia kerana mempunyai ubat yang boleh memudaratkan kesihatan dan melanggar undang-undang.

"Mudah-mudahan tidak berlaku kebakaran. Bagaimana jika berlaku kebakaran? Bukankah nanti penghuni yang tidak berdosa akan jadi barbeque?," ujar Ali dengan nada geram.

Selaku Pengerusi Persatuan Perlindungan Pengguna Sabah (CAPS), beliau memandang serius mengenai perkara ini dan mengharapkan agar Tentera, JKR dan Polis menghulurkan bantuan dengan menghantar air ke Taman Mesra melalui logistik mereka.

"Penghuni Taman Mesra boleh memfailkan saman kerana kontrak mereka dengan Jabatan Air telah dicabuli dan berhak menuntut ganti rugi," ujar Ali yang bersedia membantu penduduk memfailkan aduan kepada Tribunal Pengguna.

Kata Ali, beliau agal kesal kerana tidak ada pemimpin kerajaan yang tampil membantu termasuk Adun Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan; seolah-olah mempunyai agenda dan merestui tindakan MPS dan Jabatan Air menzalimi penduduk Taman Mesra.

No comments:

Post a Comment