MAJLIS Gereja Malaysia (CCM)
mengumumkan bahawa kesemua gereja akan menggunakan kalimah 'Allah' walaupun
Sultan Selangor mengeluarkan titah yang menghalang golongan bukan Islam
daripada menggunakannya.
Setiausaha agungnya, Rev
Hermen Shastri berkata para ketua gereja CCM, semasa permukiman di Ipoh,
mengambil maklum berhubung perbincangan mengenai penggunaan kalimah berkenaan
untuk golongan bukan Islam.
"Kami ingin mengulangi
pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allah dalam
Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya,"
katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, banyak masyarakat
pribumi yang merangkumkan perkataan ini dalam bahasa seharian mereka.
Oleh itu, CCM akan
meneruskan amalan ini, katanya lagi yang menambah, perkara itu dijamin dalam
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Pandangan CCM itu dikongsi
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).
No comments:
Post a Comment