Saturday 5 January 2013

DEEPAK BUKTIKAN BERTINDAK SENDIRI





         
Oleh :   KOH JUN LIN
           
PENGARAH Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau akan menemui Deepak Jaikishan, berikutan sidang akhbar ahli perniagaan tersebut semalam yang mengadu kekurangan sokongan politik.

Rafizi berkata, walaupun beliau yakin Deepak mempunyai banyak "bukti yang memudaratkan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi beliau sebelum ini tidak mahu PKR dilihat menjadi rapat dengannya".

Katanya, beliau bimbang jika PKR dilihat terlalu rapat dan selesa dengan Deepak (kanan) sebelum mendapat fakta yang mantap, maka peluang untuk mendedahkan kebenaran akan diputarbelit oleh Umno dan wujud tuduhan "bahawa kita di belakangnya".

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Rafizi berkata mesej bahawa Deepak bertindak atas kehendaknya sendiri telah dicapai malam tadi, apabila ahli perniagaan itu memanggil sidang akhbar meminta sokongan politik, dan beliau percaya umum dapat melihat bahawa PKR tidak pernah ada sebarang perbincangan dengannya.

Bagaimanapun, Rafizi menegaskan bahawa dokumen-dokumen yang didedahkannya semalam, yang didakwa menunjukkan syarikat-syarikat perniagaan Deepak membeli barang kemas untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, adalah sahih dan datangnya dari Deepak. (MKINI)

No comments:

Post a Comment