Wednesday 9 January 2013

DUA SETINGGAN DILANDA WABAK KOLERA






SANDAKAN: Dua kawasan setinggan di daerah ini, berhampiran Letat Jaya dan Kampung Cahaya Baru telah dikenalpasti berlaku penularan wabak kolera.

Menurut kenyataan media Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan semalam, sebanyak dua kes dicatatkan sehingga semalam sejak dikesan pada 2 Januari lepas.

Bagaimanapun, wabak tersebut adalah terkawal dan tindakan kawalan bagi mengekang penularan wabak itu terus dilakukan.

Orang ramai juga diminta membantu mengekang penularan wabak tersebut dengan melakukan beberapa perkara termasuk hanya meminum air yang telah dimasak, membasuh tangan dengan sabun sama ada sebelum makan atau selepas menggunakan tandas.

Orang ramai juga digalakkan membersihkan kawasan persekitaran rumah, tidak membuang najis merata-rata selain memilih gerai makanan atau restoran yang bersih sahaja. (Bernama)

No comments:

Post a Comment