Tuesday 22 January 2013

GELOMBANG BIRU BAKAL MEMBADAI






POTONG.....Suhaimi sedang memotong kek Gelombang Biru sambil disaksikan ahli-ahli Pemuda dan Puteri UMNO.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PROGRAM Gelombang Biru Sepetang Bersama Ketua Menteri Sabah anjuran Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Libaran yang diadakan Dewan Seri Aman, Jalan Batu Putih dekat sini, kelmarin mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan di luar jangkaan.

Seramai lebih 3,000 orang  yang terdiri daripada ahli-ahli Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Libaran telah membanjiri Dewan tersebut yang  hanya boleh menampung kapasiti 2,500 sahaja.

Majlis tersebut yang diadakan bermula dari jam 3.30 petang telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Libaran yang juga selaku Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman.

Pengerusi penganjur program tersebut yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran memberitahu kepada Sabahkini.Net sejurus  selepas menghadiri majlis tersebut menjelaskan tujuan program tersebut di atas adalah untuk mengumpul kepada para belia yang berumur 21 ke atas untuk menjelaskan perjuangan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN)  yang sebenarnya.

Kata Suhaimi segala tohmahan, tuduhan dan dakwaan parti-parti pembangkang yang mendakwa UMNO dan BN adalah parti yang disasarkan untuk golongan orang tua tidak tepat sama sekali kerana  ternyata sokongan daripada generasi muda kepada perjuangan UMNO dan BN semakin  mantap.

Golongan belia dan generasi muda telah menyedari hakikat sebenar perjuangan UMNO yang dipimpin oleh Musa dan Najib yang banyak memberikan pelbagai bantuan kepada para belia  dalam pelbagai aspek seperti bantuan persekolahan, bantuan kebajikan dan sosio ekonomi.

Suhaimi menambah golongan belia khususnya para pengundi muda di kawasan Libaran yang pernah mendapat bantuan dari kerajaan mereka tidak melupai terhadap jasa-jasa pemimpin di peringkat bahagian yang pernah menabur bakti kepada mereka.

“Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran akan mempastikan semua golongan muda yang terdiri dari pada ahli-ahli Pemuda sama ada di peringkat bahagian dan cawangan termasuk ahli-ahli Puteri UMNO Libaran akan terbela dan tidak ada yang tersisih untuk mendapatkan pelbagai bantuan yang diperlukan daripada kerajaan BN,” tegasnya.

Suhaimi menyarankan agar belia di kawasan Libaran jangan mudah terpedaya dengan dakyah kotor pembangkang seperti PKR, SAPP, STAR yang bijak bercakap dan berputar belit tetapi tidak pernah menghulur walau sebatang paku.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Jusie Ajirol dan ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Edris dan para pemimpin kanan UMNO Libaran.

No comments:

Post a Comment