Monday 21 January 2013

IBRAHIM ALI PENGHASUT SENGKETA AGAMA




  
Oleh: JACOB BALANG

KEMABONG: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa orang Islam membakar kitab Injil yang menggunakan kalimah 'Allah'.

Kenyataan Presiden PERKASA itu adalah keterlaluan dan disifatkan berapi-api yang melampaui batas wacana sivil di negara ini, sekaligus boleh mencetuskan suasana ketidak tenteraman awam di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Ketua Penerangannya, Mutang Dawat @ Sylvester, berkata ini juga merupakan satu-satunya kenyataan yang boleh menghakis slogan 1Malaysia yang dicanangkan kerajaan selain mencetuskan perbalahan di kalangan penganut Kristian dan yang beragama Islam.

“Kelibat Ibrahim sudah keterlaluan dan kerajaan perlu berbuat sesuatu tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata beliau ketika memberitahu media dekat sini pada Ahad.

Sebelum ini, Mutang pernah meluahkan kebimbangannya menerusi media pada 4 Mac 2012 jika kecenderungan pemimpin politik meneruskan hujahan mengenai kalimah 'Allah' secara terbuka akan menyuburkan salah faham di kalangan pihak pihak terbabit.

Perbuatan ini juga merupakan 'subjudis' kerana isu tersebut masih dalam pertimbangan Mahkamah Rayuan apabila kes itu yang diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan pada tahun 2007 mengenai larangan terhadap penganut agama Kristian menggunakan perkataan 'Allah' adalah TIDAK SAH.

Mutang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dalam sidang media Presiden PERKASA yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Dato'Ibrahim Ali dalam satu Konvensyen PERKASA di Pulau Pinang baru-baru ini yang menggesa orang Islam supaya membakar naskhah bible dalam bahasa Melayu 'Al-Kitab' untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam.

Kenyataan Ibrahim turut dikecam oleh Bishop Katholik Dr Paul Tan Chee Ing yang juga Ketua gereja Katolik Melaka-Johor seterusnya beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk  mengambil tindakan memandangkan kenyataan itu kini diketahui khalayak umum.

No comments:

Post a Comment