Monday 14 January 2013

JAGA IMEJ SEBAGAI IMAM






SALAM...Dato Sri Nasir (tengah) diringi A.M.Ibnu (dua kiri); Datin Norlaila Md.said (empat kiri) dan Abd.Samat (belakang tiga kiri) bersalaman dengan sebahagian Hujjaj sempena Perhimpunan Saudara Hujjaj & Imam-Imam Daerah di Dewan Polis Marin,Semporna.


Oleh : ARSHAD HUSSIN              

SEMPORNA: Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengingatkan imam-imam di negeri ini sentiasa menjaga kepribadian sebagai imam dan pemimpin masyarakat Islam disamping orang yang bertanggungjawab melaksana hukum dan undang-undang agama Islam.

Katanya, keperibadian setiap imam hendaklah sentiasa dijaga supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat dan penganut agama lain.

Beliau berkata demikian sempena menghadiri majlis Perhimpunan Persaudaraan Hujjaj & Imam-Imam Daerah anjuran Tabung Haji Daerah Semporna di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, Datin Norlailah Md.Said; Pegawai Daerah Semporna, Abdul Ibnu A.K.Baba; Pengurus Tabung Haji Daerah Semporna, Haji Abd.Samat Mansor; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Tadbir JHEAINS Semporna, Ustaz Losman Linjal Al-Hafidz dan Imam Daerah, Ustaz Haji Isthial Daniel.

Nasir berkata, para imam juga hendaklah menyediakan diri dengan ilmu yang mencukupi bagi membolehkan mereka melaksanakankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih effisyen; di samping bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu Fardhu Ain malah  mereka juga seharusnya menguasai kemahiran lain seperti ilmu Psikologi, Kaunseling dan perlu memainkan peranan; kerana mereka merupakan sebuah institusi barisan hadapan yang dapat mencorakkan pemikiran masyarakat Islam.

Selain itu katanya, mereka (imam-imam) juga merupakan Agen penting dalam menyampaikan hasrat kerajaan untuk memajukan negeri ini dari sudut pengembangan dan dakwah Islamiah serta membina umat yang berdaya maju serta berilmu.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri sabah menambah,memandangkan jawatan Imam adalah jawatan yang sangat penting dalam masyarakat Islam, mereka sewajarnya mewarisi peranan yang dimainkan oleh Rasulullah S.A.W; bukan sahaja dalam membimbing solat malah penting dalam membentuk masyarakat yang taat beribadah dan sentiasa mengutamakan kepentingan hukum-hukum agama apabila bertembung dengan pelbagai permasalahan dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini.

Selain itu Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, memuji usaha yang yang dilakukan Tabung Haji dalam menganjurkan program tersebut dalam usaha mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jemaah haji tahun 2012 dengan imam-imam serta masyarakat Islam setempat.

Katanya, para jemaah haji perlu terus mengamalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi semasa mengerjakan ibadah haji di tanah suci tahun lalu.

Ujarnya lagi, tidak bermakna selepas mengerja haji kita lalai dan leka menunaikan ibadah solat serta rukun-rukun Islam yang lain apabila sudah pulang ke tanah air.

Nasir berkata, semua jemaah haji seharusnya menjadikan teladan dan contoh kehidupan sepanjang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah sebagai pemangkin kepada umat Islam yang taat dan mengutamakan semua rukun Islam dalam kehidupan harian.

Katanya, sepanjang berada di Mekah semua jemaah haji sanggup berkorban masa; tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk menunaikan ibadah tetapi apabila sudah berada di tanah air dan tinggal di kediaman yang selesa serta masa dan ruang waktu yang panjang seharusnya kita lebih fokas dan rajin mengerjakan ibadah solat.

Sehubungan itu juga, Nasir menasihatkan semua jemaah dan para imam terus berusaha mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat serta sentiasa menyampaikan maklumat mengenai hal ehwal agama kepada masyarakat Islam di kawasan masing-masing.

No comments:

Post a Comment