Tuesday 8 January 2013

JALAN BARU MEMBAKUT SEPERTI OMBAK?






Saudara Pengarang,

SEMUA pengguna jalanraya yang melalui jalanraya yang baru diturap iaitu Jalan Papar-Membakut merasakan bagaikan jalan yang membawa maut.

Pengguna berterimakasih kepada kerajaan BN kerana mengambil berat dan meluaskan beberapa bahagian jalan Papar-Membakut kepada tiga garisan laluan.

Namun demikian, amat mengecewakan kerana jalan yang baru diturap bagaikan melalui kawasan yang berombak. Lapisan turapan tidak rata dan bagaikan jalan lama, malahan lebih buruk daripada jalan lama.

Pihak kontraktor yang melaksanakan projek tersebut seperti budak yang baru belajar. Kenapakah pihak krontraktor yang tidak profesional langsung mengenai penurapan jalan raya seperti itu diberikan projek?

Kesannya adalah pengguna jalanraya yang seringkali melalui jalan tersebut. Kenapakah JKR semacam tidak mengambil berat terhadap perkara ini?

Jalan yang baru diturap sepatutnya lebih rata daripada jalan lama, tetapi perkara sebaliknya berlaku jalan baru lebih teruk daripada jalan yang lama.

Jalan yang teruk bukan sahaja menyebabkan kereta mudah rosak, malahan impak yang paling besar menyebabkan kemalangan jalan raya. 

Kalau pengguna jalan yang seringkali melalui jalan Papar-Membakut di soal selidik, sudah pasti kesemuanya tidak berpuas hati dengan keadaan jalan raya tersebut.

Semua pengguna jalanraya tidak berpuas hati, tetapi ramai yang tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang diharapkan ada tindakan daripada pihak JKR dan kontraktor yang terlibat supaya menambah baik keadaan jalan yang tidak rata. Jangan seperti tikus membaiki labu.

Salam Hormat,

PENULIS SENDIRIAN

No comments:

Post a Comment