KOSONG....Lebih
2,0000 penduduk menderita akibat perbuatan kejam MPS dan Jabatan Air memutuskan
bekalan air sejak 8 hari lalu. Apakah ini dasar terpuji kerajaan BN/UMNO?
Saudara Pengarang,
TERNYATA pada PRU 13 ini BN/UMNO
di Sandakan terlalu 'Over Confidence' sehingga tidak teragak-agak melakukan
penindasan secara terbuka terhadap rakyat Sabah yang tidak berdosa melalui agen
mereka, MPS dan Jabatan Air Sabah.
Bekalan air kami di Taman
Mesra yang terputus sejak 8 hari lalu seolah-olah disengajakan dengan tujuan
untuk mengusir semua penduduk di Taman Mesra bagi mengosongkan bangunan tersebut bagi mengisi penyokong
tegar mereka.
Mungkin inilah cara kerajaan
Barisan Nasional (BN) untuk menekan kehidupan penduduk di Taman Mesra yang
memberontak dan mula berhijrah ke parti pembangkang dan tindakan memotong
bekalan air adalan ugutan yang tidak bermaruah.
PAM
AIR...Kerosakan Pam air selama 2 bulan tidak diperbaiki oleh MPS
Ketiadaan bekalan air bersih
di Taman Mesra menyebabkan penduduk terpaksa mencuri air di pili bomba
sedangkan mereka tahu perbuatan tersebut menyalahi undang-undang dan boleh
dikenakan denda sebanyak RM5,000.
Amat menyedihkan Jabatan Air
dikhabarkan telah memaklumkan kepada YB-YB BN dan pemimpin UMNO bahawa bekalan air
ke Taman Mesra hanya akan pulih sekurang-kurangnya dalam masa dua bulan dari
sekarang.
Ke mana menghilangnya
'Kejantanan' semua pegawai lantikan politik yang hanya tahu makan gaji buta
iaitu Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Kawasan Elopura Mohd Hj Utung; Pemaju
Mukim Elopura, Pemaju Masyarakat dan Pengerusi JKDB Taman Mesra Kasmah Jafar;
sedangkan mereka tinggal di Taman Mesra?
Kepada Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, jangan benarkan MPS dan Jabatan Air
membunuh kebahagiaan hidup kami di tanah air sendiri. Sedangkan ikan perlukan
air, inikan pula kami sebagai manusia yang lebih memerlukan air daripada ikan.
Salam Hormat,
HOSHIN ABDUL GHAFAR
No comments:
Post a Comment