Sunday 13 January 2013

KASTAM LABUAN RAMPAS DADAH RM1 JUTA






LABUAN: Jabatan Kastam Bahagian Penguatkuasa di sini berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini selepas tertangkapnya seorang lelaki warga India di Lapangan Terbang Labuan, tengah hari Rabu.

Pengarah Kastam Labuan, Wasimin Daiman berkata, lelaki berumur 52 tahun yang menaiki pesawat MAS MH 2608 dari KLIA ditahan selepas mendapat risikan Bahagian Penguatkluasaan Kastam di ibu negara.

Katanya, hasil daripada siasatan lanjut pihaknya berjaya mengesan dadah jenis Methamphetamine seberat 4.6kg dari enam bungkusan plastik yang di disembunyikan dalam enam keping bingkai gambar yang disimpan dalam beg pakaian suspek yang dianggarkan bernilai RM890,452.10 sen.

Katanya, suspek baru saja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa India ke Kuala Lumpur dan membuat pemindahan pesawat (transit) untuk terus ke Labuan.

“Kita anggarkan dadah yang bernilai RM890,452.10 sen adalah merupakan rampasan terbesar dalam sejarah Kastam Labuan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasa di Jalan Kiamsan dekat sini kelmarin.

Hasil daripada siasatan lanjut lelaki India yang hanya boleh berbahasa Tamil itu telah memasuki negeri Sabah sebanyak10 kali sejak tahun 2011 hingga 2012 dengan menggunakan visa pelancong.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (Khamis) bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Sementara itu, Wasimin turut meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol Bahagian Penguatkuasaan 1800-88-8855, mySMS :1588 atau menghubungi mana-mana pejabat Kastam yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment