Monday 14 January 2013

KENAPA PERKASA PILIH BONNEY?





BONNEY...Bersama-sama AJK Bahagian PBS Sekong akan keluar beramai-ramai meninggalkan PBS untuk menyertai PKR.

Oleh : RICHARD P ANDIANG

KETUA Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sekong yang diketuai oleh Narceso Bonney P Juanico telah mengisytiharkan akan keluar dari PBS/BN dengan rakan-rakan seperjuangannya untuk menyertai Parti Pakatan Rakyat Batu Sapi  pada masa terdekat ini.

Kata Bonney, selama dia menjadi Ketua Bahagian PBS Sekong, banyak  masalah yang timbul di samping dia gagal mentadbir bahagian itu sehingga para penyokong PBS menjadi kucar-kacir kerana setiap saat hanya menelan air liur saja sebab tidak mendapat sebarang pembelaan seperti kemudahan-kemudahan asas daripada kerajaan BN.

"Kini Bonny telah dilantik sebagai Pengerusi PERKASA Sabah yang bakal memimpin seramai 100,000 ahli PERKASA. Namun persoalannya, mampukah beliau berbuat demikian sedangkan PBS Bahagian Sekong baru berjumlah 1,000 orang, sudah kepayahan," kata Ibrahim  Naim,  mantan AJK Pemuda PBS Bahagian Sekong yang menyifatkan Bonny bernafsu besar tetapi tiada keupayaan langsung.

Kata Ibrahim, siapa yang tidak kenal dengan Bonny @ Yusof Abdullah iaitu kaki penipu besar yang banyak hutang keliling pinggang walaupun menjadi Ketua Bahagian Sekong;  tidak mendapat sokongan dari rakyat kerana mereka percaya Bonny kembali Murtad.

"Kenapa dia mahu keluar dari PBS/BN? Dia  kecewa tidak mendapat apa-apa habuan. Jadi dia gunakan PERKASA sebagai jambatan untuk mencari dana melalui derma; apatah lagi perjuangan PERKASA tidak menentu dan suka menghentam bangsa Cina dan India yang berselindung di sebalik NGO,” tegas Ibrahim.

Kata Ibrahim, beliau ingin mengingatkan rakan-rakannya yang berada di PERKASA agar harus berhati-hati dengan Bonny ini orang teramat licik kerana beliau tergolong dalam kumpulan yang mendapat Kad Pengenalan Projek dan sewajarnya disiasat RCI.

No comments:

Post a Comment