Saudara Pengarang,
ORANG asal dan rakyat
bumiputera luar bandar di Sabah dan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal dan Kerajaan Barisan Nasional kerana membantu rakyat merasai
nikmat pembangunan negara yang tidak pernah dirasai oleh rakyat di
negara-negara jiran.
Di Malaysia, yang bulat
datang bergolek dan yang leper datang melayang kerana rakyat mendapat apa yang selama ini mereka tidak
pernah rasa, semenjak dari Malaysia merdeka, Kerajaan BN begitu prihatin
membela nasib rakyatnya. Kepada yang kecewa, banyakkan bersabar dan tunggu sahajalah.
Inilah gaya bahasa atau
kata-kata yang selalu kita dengar dari rakyat Malaysia. Penggunaan bahasa
berbilang kaum di Malaysia seperti “Terima Kasih”, “Thanks You” (Inggeris); “Mag
Sukul” (Suluk); “Ta’rima Kasihhh” (Orang Asal), “Tarima Kasi Kui” (Orang
Sungei); “Ta’rima Kasih Bohh” (Kadazan) dan “Mag Sukulll Datuk Kalasan”
(Bajau).
Berhubung tragedi rumah PPRT
yang menyembah bumi di Kg.Air, Sandakan, Sabah yang berlaku di atas kecuaian
pihak kontraktor dan kelemahan pemantauan oleh pegawai FELCRA Berhad yang
dipertanggungjawabkan; bukannya pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan
membuat publisiti ala-ala kampung atau bahasa pasar yang menyalahkan Datuk
Shafie; maka samalah kita menyalahkan ibu tersalah mengandungkan diri si
celupar dan si pendengki.
Tanya pada diri sendiri, kenapa
kita celupar dan bersikap pendengki kepada Shafie kerana menjadi menteri yang
berjasa besar dan berkhidmat kepada rakyat Sabah terutama di luar bandar?
Mengikut perjalanan sejarah
pengwujudan kementerian yang dipertanggung jawabkan membangunkan kawasan luar
bandar di Malaysia; nampak perbezaan dari sudut kejayaan seseorang menterinya.
Cuba kita kaji dan nilai
mengikut pengalaman kita masing-masing. Siapakan Mantan Menteri Luar Bandar
Malaysia yang telah menjayakan pembangunan luar bandar dengan pesatnya?
Kaji secara telus, tulus dan
bijaksana. Jangan guna pemikiran yang bodoh atau kolot; sepantas kilat menuduh Shafie
gagal disebabkan kita tidak tahu apa-apa.
Ramai Mantan Menteri KKLW, gagal
menjayakan agenda kerajaan untuk membangunkan kawasan Orang Asal di Sabah dan Sarawak;
namun Shafie terbukti ikhlas menjayakan tranfomasi NKRA luar bandar.
Daripada 1001 jenis projek
pembangunan yang dilaksanakan oleh KKLW, jika ada 2 atau 3 yang bermasalah;
adalah berpunca daripada sikap manusia itu sendiri seperti kontraktor dan pihak
penyelaras.
Contohnya, jika jalan raya
yang dibina atau dinaik taraf hanya mempunyai had muatan 5 tan tetapi kalau
lori 10 tan dicampur dengan muatan 15 tan kelapa sawit dan kayu balak mencecah
50 tan; maka sudah pastinya jalan yang dibina atau dinaik taraf akan hancur
lebur. Maka adalah Menteri KKLW juga bersalah dalam hal ini?
Tragedi rumah PPRT dan
sebuah rumah lagi yang turut tumbang menyembah bumi pada 19 Disember 2012, jam
4.00 subuh adalah tragedi biasa bagi pemilik rumah di atas air laut.
Berhubung dengan rumah PRRT
yang tumbang adalah kesilapan atau kecuaian pihak kontraktor yang suka
menyembunyikan perkara-perkara yang tidak seharusnya dibuat oleh kontraktor
semasa pembinaan rumah tersebut.
Tragedi rumah PRRT runtuh akan
menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam hal
ehwal pembelaan kepada rakyat miskin.
Sejak tahun 2010, semua Program
Bantuan Rumah (PBR) yang dikawalselia oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan
FELCRA; tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sepanjang saya berkhidmat
sebagai Pengerusi JKKK Kg. Air, Sandakan; saya sering kali menyertai kursus
anjuran Kerajaan Negeri Dan Persekutuan.
Dalam taklimat pihak
kementerian, menekankan dan mengarahkan semua Pengerusi JKKK dan JKDB secara
rasmi atau secara langsung mengetahui dan memantau setiap porjek-projek yang
dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan.
Setelah kerja-kerja
pelaksanaan telah siap 100%, pihak kontraktor seharusnya menyerahkan projek
kepada JKKK dan JKDB. Cara penyerahan mengunakan sistem borang atau format yang
dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan.
Timbalan Presiden MPS, Hj.
Mohd Hamsan Hj. Awang Supain, setiap masa memperingatkan kepada pegawai
kerajaan negeri dan persekutuan dalam taklimatnya, agar Pengerusi JKKK dan JKDB
tidak dibelakangkan oleh kontraktor atau penyelaras projek; seterusnya
menyerahkan secara rasmi projek yang telah dilaksanakan oleh kontraktor bagi
tujuan yang sah, sebagai penyelanggara pembangunan dalam kampung masing-masing.
Semenjak PBR dibina di
kawasan Kg. Air, Sandakan, tidak pernah saya dimaklumkan atau diberitahu ada satu
atau dua buah rumah PPRT dibina di kawasan Kg. Air.
Sebagai Pengerusi JKKK, saya
sepatutnya diberitahu lebih awal agar mengenal pasti penerima bantuan mengikut
kelayakan atau keperluan yang dikehendaki.
Malangnya siang berganti
malam tanpa saya ketahui PBR (PPRT) sudah mula dibina dan apa yang menyedihkan
pihak JKKK, bila ditanya "siapa pelaksana?" para pekerja hanya berdiam
diri.
Mereka hanya berkata, mereka
diarah oleh pegawai-pegawai tertentu memulakan kerja dan jika ada Pengerusi JKKK
atau Ketua Kampung datang bertanya, “Jangan dipedulikan!”
Apakah kata-kata ini sesuai
dan arahan agar Pengerusi JKKK dibelakangkan dalam hal ehwal masyarakat di bawah
jagaannya? “Patutkah?” pegawai tersebut
mengarahkan kepada pekerja kontraktor agar tidak mempedulikan Pengerusi JKKK.
Bukankah kakitangan FELCRA juga
diberi tanggungjawab agar mengawal selia projek-projek PBR tersebut? Tetapi
anehnya, apabila Pengerusi JKKK menghubungi mereka melalui telefon; terlalu
banyak alasan dan kata-kata yang mendukacitakan.
Apakah ini pegawai yang
mendokong atau menjayakan tranfomasi kerajaan untuk membela rakyat? Sikap
pegawai-pegawai tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga rakyat merasa
mereka tertipu.
Bukankah Allah s.w.t. maha
berkuasa dalam setiap pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan oleh manusia
dalam dunia? Setiap kejahilan akan diperlihatkan juga di dunia.
Dalam soal ini, patutkah
kita menyalahkan Shafie Apdal sedangkan beliau merupakan Menteri KKLW yang
telah berjaya mentransformasi pembangunan kawasan Orang Asal dan kawasan luar
bandar di seluruh Malaysia?
Tanya kepada diri kita apa
jasa kita kepada orang di sekeliling kita dan kenapa kita suka mengambil kesempatan
meyalah dan memburuk-burukan Menteri KKLW terbaik di kalangan mantan menteri sebelumnya.
Pada pendapat saya, orang
yang suka memburuk-burukkan Shafie dalam setiap hal melibatkan perangai manusia
yang tidak mensyukuri apa yang diberi; samalah orang tersebut dari golongan “orang
yang tidak tahu apa-apa!”
Salam Hormat,
JAFAR MUSTAFAH
No comments:
Post a Comment