Sunday 6 January 2013

KES ROGOL DELHI: TAK SIAPA PUN BERHENTI





           
MEMECAHKAN kesunyian, saksi tunggal dan kekasih kepada mangsa rogol berkumpulan di Delhi mendedahkan, tiada sesiapa pun berhenti membantu dan ketibaan polis hanya membuang masa untuk memutuskan kes itu bawah bidang kuasa balai yang mana.

"Kami tidak berpakaian. Kami cuba hentikan orang yang lalu lalang. Beberapa beca bermotor, kereta dan motosikal memperlahankan kenderaan tetapi tiada siapa pun berhenti kira-kira 25 minit.

"Kemudian, seseorang yang sedang meronda berhenti dan panggil polis," katanya dalam wawancara dengan Zee News yang berpangkalan di India pada Jumaat malam.





Menurut Bernama dan Reuters pula, beliau memberitahu pihak yang menemuramahnya bahawa tiada sesiapa, termasuk polis memberikan mereka pakaian atau menelefon ambulans.

"Mereka hanya memerhatikan kami," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya lagi, selepas mengulang minta, seseorang tampil memberikannya sebahagian alas tilam untuk menutup badan temannya.

"Jika kamu dapat bantu seseorang, bantulah. Jika ada seorang tampil tolong saya pada malam itu, keadaan mungkin akan berbeza," katanya. (AGENSI)

No comments:

Post a Comment