Monday 21 January 2013

LORI BALAK ROSAKKAN JALAN






Saudara Pengarang,

PARA Pekebun di Daerah Kecil Telupid menderita akibat kerja-kerja pengeluaran hasil balak yang tidak dipantau oleh pihak berwajib sehingga mengakibatkan jalan pertanian rosak teruk dilalui oleh lori-lori balak.

Jalan ini merupakan nadi utama penduduk kampung untuk memasarkan  hasil pertanian (kelapa sawit) ke IJM Meliau dan Pusat Timbangan Sawit Monsok di Nangoh, Telupid.

Jalan penting ini dirosakkan oleh golongan yang rakus mengumpul kekayaan dari balak tanpa menghiraukan kesusahan penduduk kampung yang bergantung penuh kepada hasil sawit.

Malangnya jika buah sawit tidak boleh dibawa keluar, ia akan rosak dan tidak dapat dijual. Maka sekaligus kami penduduk kampung akan hilang sumber pendapatan. 





Apalah makna kata-kata Perdana Menteri Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" jika rakyat yang hidup segan, mati kepayahan kerana balak yang diutamakan.

Semoga Pengarah Jabatan Perhutanan, JPJ, Polis dan pihak berkuasa memandang serius pekara ini dan mengambil tindakan sewajarnya.

Salam Hormat,

JALIL @ JOSEPH WORONG
Wakil Pekebun Kecil

No comments:

Post a Comment