Thursday 17 January 2013

MARDI BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA






DIALOG...Salah seorang peserta sedang mengemukakan soalannya mengenai peranan MARDI.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MARDI akan membantu kepada para pengusaha dan usahawan kecil khususnya di kawasan Libaran untuk mendapatkan pasaran yang meluas terhadap produk-produk yang mereka hasilkan.

Mereka juga ditunjuk ajar  untuk membuat satu-satu produk  makanan  yang lebih berkualiti agar setiap produk pengeluaran mereka mendapat pasaran yang meluas bukan saja tertumpu di kawasan Libaran dan Sandakan bahkan ke seluruh negeri Sabah.

Pengarah MARDI, Sadi Sujang berkata demikian semasa memberikan  taklimat di majlis Sesi Dialog dengan 100 ahli- ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Sandakan di sini kelmarin.

Katanya penglibatan masyarakat setempat dalam menceburi dalam bidang perniagaan khususnya sebagai usahawan kecil-kecilan ia  menjurus kepada peningkatan  pendapatan  sebagai sumber ekonomi bagi menampung kehidupan  seharian yang lebih baik.


“MARDI yang merupakan salah satu agensi kerajaan sememangnya sentiasa focus kepada para pengusaha dan usahawan bagi memastikan perniagaan mereka berjalan dengan lancar dan berjaya menembusi pasaran,” jelas Sadi.

 Katanya, mereka yang mempunyai tanah agar mengusahakannya dalam pelbagai jenis tanaman seperti pisang. Ibu kayu, ibu kentang, kacang tanah dan jagung kerana beberapa jenis tanaman yang disebutkan itu ia boleh jadi produk makan yang bermutu; contohnya pisang dan ubi kayu  boleh dijadikan kerepek pisang, kerepek ubi dan  kacang tanah boleh dijadikan rempeyek.

“Ini juga merupakan produk makanan  tempatan yang boleh dipasarkan bukan saja di Sabah, bahkan di Semenanjung. Di samping itu MARDI akan menunjuk ajar para usahawan kecil cara-cara membuat keropok  ikan dan keropok lekor,” ujar Sadi.

Katanya lagi, masyarakat di Libaran yang berminat untuk menceburi dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan diseru  agar merebut segala peluang yang sedia ada dan MARDI akan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka yang berminat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda Bahagian UMNO Libaran Suhaimi Hj Nasir;  Pengarah MARDI Pusat Puan Ramlah Mad Isah; Pengurus Besar Peladang Sandakan Mohd  Ariffen Pachuk dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Sandakan  Hj Hamdan Hamid.

No comments:

Post a Comment