Saturday 19 January 2013

MASJID BUKAN HANYA TEMPAT BERSOLAT






Oleh:ARSHAD HUSSIN

KOTA KINABALU: Menteri DiJabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, meminta  umat Islam perlu memperbetulkan persepsi mengenai fungsi masjid yang sering dianggap hanya tempat bersolat lima waktu, solat jumaat dan hari raya semata-mata.

Katanya, persepsi seumpama itu akan menenggelamkan fungsi masjid yang sebenar dan akhirnya masjid akan dilihat sebagai suatu bangunan pelengkap dan tidak lebih daripada itu.

Ujarnya lagi, seandainya persepsi itu berterusan berlaku usaha memupuk perpaduan ummah tentu tidak akan tercapai sepenuhnya.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan majlis Penyampaian Suratcara Perlantikan Ahli Jawatankuasa sessi 2013/2014 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Hadirsama sempena majlis itu Penasihat AJK MBKK, Datuk Haji Yusof DSP Hj Mohd Kassim; Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Datuk Hj Mokthar Rapok dan Pengerusi MBKK, Haji Ab Jamal Tun Sakaran.

Nasir berkata, peranan AJK Masjid sangatlah signifikan menentukan kelangsungan usaha menjadikan masjid sebagai pemangkin kepada perpaduan dan pembangunan ummah.

Katanya,amanah yang diletakkan kepada mereka (AJK Masjid) sangat besar dan perlu digalas dengan pendekatan yang lebih kreatif, inovatif dan efektif di samping mencapai objektif yang telah digariskan  dan AJK Masjid perlu berusaha secara berpasukan memastikan masjid tidak terpinggir dalam arus pembangunan globalisasi.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam Negeri Sabah,menegaskan beberapa cadaran perlu dihadapi dan langkah menghadapinya wajar diusahakan.

Ujarnya, selaras dengan kedudukan MBKK ditegah-tengah komuniti Islam maka cabaran utama yang perlu dilakukan AJK masjid mencari pendekatan lebih berkesan supaya masjid sentiasa menjadi pilihan masyarakat Islam di sekitarnya sebagai tempat melaksanakan ibadah solat.

Ajk masjid juga perlu mencari jalan bagaimana masjid digunakan sebagai pusat ilmu yang sentiasa menarik minat orang Islam datang ke masjid menimba ilmu.

“Usaha menjadikan masjid sebagai pusat perkongsian ilmu dan lain-lain urusan berkaitan ekonomi dan sosial wajar terus diperkasakan sesuai dengan teknologi maklumat yang semkin kekar,” kata Nasir.

Selain itu, mereka juga perlu memikirkan cara bagaimana masjid ini mampu memainkan peranan sebagai pusat yang akan mengembalikan masyarakat Islam hidup bersatupadu tanpa perpecahan yang kian memuncak pada masa ini kesan perbedaan pandangan politik yang berbeza.

Nasir menegaskan, apabila masyarakat Islam kembali melaksanakan ibadah dalam konteks jamaah segala kekeliruan mampu terungkai.

Sempena majlis itu Dato Nasir menyampaikan suratcara perlantikan AJK Masjid dan menyaksikan majlis Ikrar AJK Masjid bagi tempoh 2013-2014.

No comments:

Post a Comment